Pembiayaan Selangor Advance Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)

Cara Permohonan & Semakan Kelulusan Online

Bukan hanya kerajaan Persekutuan sahaja yang prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat akibat penularan wabak Covid19, malah Kerajaan negeri Selangor juga turut memperkenalkan pelbagai inisiatif serta bantuan buat rakyat di negerinya. Berikutan isu wabak Covid19, kerajaan Selangor memperkenalkan Skim Pembiayaan Selangor Advance PKS khusus buat pemilik Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di Selangor. Bantuan pembiayaan ini dikhususkan buat kumpulan penyedia perkhidmatan serta kontraktor bagi menghadapi tekanan serta cabaran semasa pasca Covid19 yang melanda.

Sebanyak RM 100 juta diperuntukkan bagi merealisasikan program Selangor Advance ini bagi mempercepatkan aliran tunai dalam kitaran ekonomi negeri Selangor. Skim pembiayaan ini juga disalurkan secara berperingkat agar semua yang terlibat mendapat manfaat dari kerajaan negeri Selangor. 

Pembiayaan adalah terbuka kepada syarikat yang memerlukan samada berstatus bumiputera atau tidak dan syarikat tersebut mestilah yang menyediakan kemudahan kepada pihak kerajaan negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor sahaja. Setiap permohonan akan disaring dan dinilai secara menyeluruh. Keutamaan dan kelulusan akan diberikan kepada penyedia perkhidmatan atau kontraktor yang memiliki prestasi kerja yang kukuh serta bagus dalam memberi perkhidmatan jangka panjang kepada agensi, kumpulan GLC dan juga kerajaan Negeri Selangor.

Ciri – Ciri Selangor Advance PKS

 

  • Pembiayaan adalah patuh Syariah iaitu berdasarkan sistem Tawarruq
  • Invois sektor kerajaan akan dibiayai oleh Selangor Advance
  • Kelulusan segera dan tiada sebarang cagaran
  • Caj keuntungan serendah 1% dari nilai invois

 

 

Cara Membuat Permohonan Pembiayaan Selangor Advance PKS

  • Layari laman web Selangor Advance di https://selangoradvance.com.my/
  • Klik butang MOHON dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Klik butang MOHON SEKARANG
  • Permohonan boleh dibuat mulai 1 Julai 2020

 

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berikut bagi tujuan pengesahan dan kelulusan pembiayaan.

  1. i) Salinan kad pengenalan pemohon
  2. ii) Penyata bank terkini bagi tempoh 6 bulan

 

Kelebihan Pembiayaan Selangor Advance PKS

    • Penyedia perkhidmatan dan kontraktor akan menerima bayaran kerja dalam tempoh masa yang singkat
    • Mendapat pembayaran awal bagi nilai invois setelah mendapat kelulusan tanpa perlu menunggu tempoh matang bayaran / terma kredit invois / terma syarat bayaran pihak yang membuat bayaran
    • Membolehkan kelangsungan perniagaan dengan dana yang mencukupi serta pembangunan ekonomi negeri dan negara dapat diteruskan tanpa masalah
    • Selangor Advance diperkenalkan kepada syarikat yang bekerjasama dengan kerajaan negeri atau Syarikat Milik Kerajaan (GLC) sebelum diperluaskan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Pembiayaan minima bermula daripada RM10,000 dan bergantung kepada nilai invois, semakin besar jumlah invois semakin besar pembiayaan
    • Permohonan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja sekiranya disertakan dengan dokumen yang lengkap 
    • Wang pendahuluan akan diberikan dalam tempoh 48 jam sebaik sahaja permohonan untuk pembayaran awal diluluskan
    • Pembiayaan diberikan berdasarkan reputasi syarikat serta kelayakan kredit pelanggan dan tiada sebarang cagaran diperlukan

 

  • Fleksibiliti bayaran balik pembiayaan yang lebih memudahkan serta dapat menjamin pengaliran wang tunai syarikat 

 

 

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Pembiayaan Selangor Advance PKS boleh diperolehi dari pihak urusetia dengan menghubungi talian 018 282 8502 / 018 282 8227.

Kesimpulan

Setiap usahawan kecil atau pemilik PKS perlu mencari alternatif lain bagi meningkatkan produktiviti serta mentadbir urus perniagaan masing – masing dengan lebih baik lagi. Justeru, inisiatif kerajaan negeri Selangor iaitu skim pembiayaan yang diperkenalkan kepada penyedia perkhidmatan serta kontraktor Selangor seharusnya tidak dipersiakan malah menggunakan pembiayaan yang diberikan dengan bijak. Skim pembiayaan yang dipohon dapat melancarkan aliran tunai syarikat biarpun berhadapan dengan situasi yang penuh dugaan dan cabaran.