Pengeluaran KWSP RM 500 Sebulan Akaun 1

 

Pembentangan Belanjawan 2021 pada hari ini telah memberi sinar kepada ahli KWSP kerana telah dibenarkan untuk membuat pengeluaran sehingga RM 6,000 pada tahun hadapan. Jumlah pengeluaran RM 6,000 bukanlah dikeluarkan secara sekaligus, namun ianya boleh dikeluarkan dalam tempoh 12 bulan dengan kadar RM 500 sekali pengeluaran. Walau bagaimana pun, pengeluaran sebanyak RM 500 hanya boleh dikeluarkan oleh ahli yang telah kehilangan pekerjaan sahaja.

 

Keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran wang caruman ahli dari Akaun 1 KWSP adalah disambut baik oleh semua pihak terutamanya yang telah kehilangan pekerjaan akibat Covid-19. Kebenaran untuk membuat pengeluaran ini membolehkan ahli yang kehilangan pekerjaan dapat meneruskan kehidupan kerana tiada sumber pendapatan lain buat sementara waktu. Seramai 600,000 ahli telah terjejas akibat Covid-19 ini.

 

Wang yang dikeluarkan dari Akaun 1 membolehkan ahli melunaskan bil yang perlu dijelaskan setiap bulan tanpa sebarang masalah. Baki wang tersebut boleh digunakan untuk membeli barang keperluan harian buat seisi keluarga. Biarpun jumlah RM 500 bukanlah jumlah yang besar untuk sebuah keluarga dengan tanggungan yang ramai, namun sekurang – kurangnya tiada ahli keluarga yang akan kelaparan di musim Covid-19 ini.

 

Sebelum ini juga, pihak kerajaan telah memperkenalkan skim i-Lestari yang membolehkan ahli KWSP membuat pengeluaran sebanyak RM 500 sebulan mulai bulan April yang lalu. Pengeluaran melalui skim ini juga membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran sebanyak RM 500 sebulan selama 12 bulan. Skim i-Lestari ini juga telah memberi manfaat kepada 4.7 juta ahli dengan nilai RM 11.6 bilion. Jika diambil kira kedua – dua skim ini, jumlah pengeluaran yang dibuat oleh ahli adalah sebanyak RM 12,000. 

 

Bagi ahli yang ingin mengeluarkan wang caruman mereka, pengeluaran hanya boleh dibuat mulai bulan Januari 2021. Pengeluaran wang KWSP ini akan melibatkan sebanyak RM 4 bilion bagi memenuhi keperluan dan permintaan ahli KWSP. Wang yang dikeluarkan juga boleh digunakan sebagai modal permulaan perniagaan secara kecil – kecilan yang boleh memberi sedikit keuntungan. Sekurang – kurangnya, wang ahli yang telah dikeluarkan dapat digunakan untuk tujuan yang lebih baik dan memberangsangkan.