Bantuan Khas Aidilfitri RM 500 untuk pejawat awam

Beri Hutang

Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aildilfitri sebanyak RM500 kepada pekerja kerajaan persekutuan yang Gred 56 ke bawa, pesara kerajaan berpencen , pekerja sambilan harian 30 keatas dan pesara yang dilantik semula secara kontract. Di samping itu, s ebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajan yang menerima pencen. Jumlah keseluruhan dalam pemberian ini melibatkan peruntukan kewangan yang besar, namun pelaksanaan ini dianggap mampu membantu mereka dalam persiapan Hari Raya, dan secara tidak langsung memartabatkan jasa perkhidmatan mereka.

Pelaksanaan

Bantuan Khas Aidilfitri akan diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah memberikan perkhidmatan selama berturut-turut dan masih menaburkan khidmat mereka.

Pegawai Yang Layak

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak diberikan Bantuan Khas Aidilfitri termasuklah;

  1. Pejawat Awam Gred 56 ke bawah RM 500
  2. Pesara(berpencen) RM 250
  3. Pekerja Sambilan Harian RM500
  4. Pesara Dilantik semula (Kontrak)  RM500

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang telah berkhidmat selama 30 hari berturut-turut dan masih memberikan perkhidmatan.

Tanggungjawab Pembayaran

Pembayaran BKK kepada pegawai Perkhidmatan Awam dan penjawat awam akan menjadi tanggungjawab Jabatan yang berkaitan.

Pesara

Jabatan Perkhidmatan Awam yang merangka undang-undang pencen akan bertanggungjawab Bantuan Khas Aidilfitri kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pejawat awam yang telah bersara sebelum dan telah layak menerima pencen. Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM250 akan diberi kepada pesara, walau bagaimanapun pesara yang dilantik semula untuk bekerja dalam Perkhidmatan Awam akan diberi Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500. Mereka akan dibayar RM250 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan selebihnya akan dibayar oleh Jabatan yang berkaitan.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran Bonus Raya 2020 adalah 20 Mei ini.