Pembayaran BSH 2020 Fasa pertama RM 300

20 JANUARI 2020 MERUPAKAN TARIKH PEMBAYARAN FASA PERTAMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 DENGAN KADAR RM 300 BAGI KATEGORI

Pentadbiran kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Pakatan Baharu telah membawa beberapa perubahan terutamanya kepada rakyat Malaysia. Jika dahulu rakyat telah menerima bantuan dari kerajaan yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), namun kini ia telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) yang lebih praktikal dan eifisien. Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah membuat pengumuman mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibayar mulai 20 Januari 2020  sebagai pembayaran fasa pertama. Pembayaran bantuan fasa kedua dan ketiga pula dianggarkan pada bulan Mei dan Ogos 2020, namun tarikh sebenar belum ditentukan oleh kerajaan.

 

Setiap isi rumah akan menerima bantuan sebanyak RM 300 dan akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa BSH 2019. Bantuan ini akan diterima oleh pemohon BSH yang berjaya termasuklah yang berada di kawasan pedalaman (bagi kategori isi rumah). Walau bagaimana pun, bagi kategori isi rumah yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mempunyai akaun bank, bayaran hanya akan dibuat kepada penerima mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1 bilion bagi membuat pembayaran BSH 2020 fasa pertama ini. Bantuan ini telah memberi manfaat kepada hampir 3.8 juta orang penerima BSH di Malaysia. Penerima BSH 2020 yang berjaya menerima bantuan adalah berdasarkan pangkalan data BSH 2019 sedia ada. Penerima BSH 2020 adalah berdasarkan beberapa proses saringan serta tapisan termasuklah status pemilikaan kenderaan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) supaya isi rumah yang benar – benar layak sahaja akan menerima BSH. 

Bagi memastikan program ini berjaya mencapai sasaran, isi rumah yang tidak berjaya mendapat BSH boleh membuat permohonan semula serta membuat pengemaskinian dalam tempoh mulai 1 Februari hingga 15 Mac. Selain pemohon kategori isi rumah, pemohon kategori bujang juga boleh membuat permohonan BSH 2020 dan dibuka kepada individu yang berumur 40 dan ke atas dengan kadar bantuan sebanyak RM 300 kepada individu yang layak. Pengumuman ini telah dibuat semasa Ucapan Belanjawan 2020 yang turut memberi kesan positif kepada golongan bujang.

Kadar bantuan yang diberikan adalah sama seperti BSH 2019 yang diberikan iaitu :

  1. Bantuan RM 1000 dan bantuan tambahan untuk anak sebanyak RM 120 untuk seorang anak (tidak lebih 4 orang anak). Pemohon mestilah berpendapatan bulanan kurang dari RM 2,000.
  2. Bantuan RM 750 dan bantuan tambahan untuk anak sebanyak RM 120 untuk seorang anak (tidak lebih 4 orang anak). Pemohon mestilah berpendapatan bulanan antara RM 2,001 hingga RM 3000.
  3. Bantuan RM 500 dan bantuan tambahan untuk anak sebanyak RM 120 untuk seorang anak (tidak lebih 4 orang anak). Pemohon mestilah berpendapatan bulanan antara RM 3,001 hingga RM 4000.

Bantuan tambahan anak hanya untuk yang berumur bawah 18 tahun sahaja kecuali anak OKU yang tiada sebarang had umur.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat menggunakan dua kaedah seperti berikut :

Secara Manual

  1. Mengisi borang permohonan manual BK-01 (1/2019)yang diperolehi secara percuma di kaunter LHDN atau muat turun dari laman web rasmi BSH
  2. Hantar borang permohonan ke kaunter LHDN setelah lengkap diisi

 

Secara Online

  1. Mengisi borang secara online di laman web rasmi BSH 
  2. Semak permohonan secara online  menggunakan apps yang dimuat turun ke telefon bimbit samada menggunakan Android atau iOS

Pemohon tidak perlu membuat sebarang permohonan baharu atau membuat pengemaskinian maklumat sekiranya tiada sebarang perubahan, pemohon kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan penerima e-Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walau bagaimana pun, pemohon perlu membuat permohonan baharu atau permohonan semula sekiranya permohonan 2019 atau terdahulu gagal, pemohon belum pernah mendaftar kategori baharu dan juga individu OKU yang tidak tersenarai sebagai penerima e-Bantuan JKM. Pemohon yang ingin membuat permohonan mestilah menepati syarat – syarat kelayakan BSH 2020 yang telah ditetapkan.

Baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan diberikan secara berperingkat iaitu pada fasa kedua dan ketiga setelah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini. Manakala penerima bagi individu bujang dan OKU pula akan dibayar secara one-off. Permohonan serta pengemaskinian maklumat yang dibenarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah untuk memberi peluang kepada golongan yang gagal mendapat bantuan. Setiap permohonan yang dikemukakan perlu mendapat pengesahan serta verifikasi dari sekretariat BSH.

 

Setiap pertanyaan berhubung BSH boleh diajukan kepada sekretariat BSH di talian bebas tol 1800882747 atau emel kepada [email protected].