Salah satu isu baru yang sedang melanda di negara Malaysia ketika ini adalah perkhidmatan pengangkutan ke pelbagai destinasi. Hal ini berlaku apabila Kuala Lumpur masih tidak dapat menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke beberapa tempat yang dipilih oleh pelanggannya dan kadang kala tawaran yang dibuat oleh pemandu pengangkutan itu untuk ke destinasi tersebut agak tidak munasabah. Selain itu, kelaziman bagi beberapa golongan tanpa kenderaan untuk memilih pelbagai pengangkutan awam lain seperti teksi agak membimbangkan apabila pemandu berkenaan adalah seorang pemandu yang tidak cekap dan tidak bermoral.
Oleh hal yang demikian, aplikasi UberX telah dilaksanakan untuk golongan tanpa kenderaan bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan harga berpatutan. Aplikasi UberX membolehkan mereka mendapatkan pemandu yang akan mengambil dan menghantar mereka ke destinasi yang telah dipilih. Di samping itu, UberX memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk keselamatan pelanggannya bersama dengan tawaran harga yang lebih murah berbanding teksi di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 30% hingga 40%.
Uber
Uber adalah aplikasi perkhidmatan pengangkutan yang bergantung pada platform Android dan iOS. Segala tempahan dan transaksi dibuat secara atas talian dan pembayaran dilakukan tanpa menggunakan wang tunai. Uber menegaskan bahawa mereka menggunakan sistem perkhidmatan pengangkutan peribadi berbanding dengan sistem pengangkutan awam. Antara beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Uber termasuklah UberX, UberXL, dan Uber Black.
UberX
UberX merupakan cara yang paling murah untuk ke sesuatu destinasi tanpa mengeluarkan wang yang banyak. Kebiasaannya kereta kategori mempunyai empat tempat duduk seperti Toyota Vios, Proton Saga, atau MyVi.
UberXL
Kereta yang biasa digunakan dalam kategori UberXL adalah MPV yang mempunyai lima pintu atau tujuh tempat duduk seperti Nissan Grand Livina, Toyota Innova, dan Proton Exora.
Uber Black
Uber Black adalah perkhidmatan premium Uber yang merangkumi kereta MPV berkuasa tinggi dengan empat tempat duduk seperti CR-V, Honda Accord, Toyota Velfire, dan Toyota Camry.
Kelebihan
Ia lebih mudah untuk menjadi seorang pemandu Uber berbanding pemandu teksi di mana ia memerlukan pemandu untuk mempunyai kereta sendiri dan modal untuk minyak kereta. Waktu bekerjanya tanpa mengira masa juga telah menarik ramai pemandu untuk menyertai Uber bekerja secara penuh masa atau separuh masa dan memberikan perkhidmatan mengikut cara mereka. Pemandu UberX akan dibayar tidak kurang daripada RM15 untuk satu perjalanan dan ia boleh mencapai sebanyak RM20 ketika waktu sibuk tanpa mengira wang perjalanan yang dibayar oleh pelanggan pemandu Uber. Ini secara tidak langsung bermakna Uber akan mengambil keuntungan sebanyak 20% bagi setiap perjalanan dan membayar pemandu Uber lebihan 80% sehingga jumlah keseluruhan mencukupi RM15 atau RM20. Pemandu yang bekerja separuh masa dan melakukan 10 perjalanan setiap petang boleh mendapat keuntungan sebanyak RM1,000 seminggu atau keuntungan bersih sebanyak RM4,000 sebulan.
Apa Yang Diperlukan Untuk Menjadi Pemandu Uber
Pemandu Uber tidak memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mula bekerja. Walau bagaimanapun, Uber telah menetapkan beberapa syarat minimum untuk mereka menjadi pemandu UberX seperti;
- Umur 21 tahun dengan lesen memandu yang sah.
- Mempunyai kereta sendiri yang tidak berusia lebih daripada 10 tahun.
- Mempunyai telefon pintar dengan pelan Internet
- Sama ada kereta yang digunakan adalah milik sendiri atau keluarga, insurans kereta tersebut mestilah didaftarkan atas nama pemohon.
Uber juga akan melakukan pemeriksaan ke atas pemandu Uber yang telah berdaftar dan mereka mestilah bebas daripada apa-apa tuduhan jenayah, apa-apa rekod buruk pemanduan di atas jalan raya, dan apa-apa jenis saman.
Cara Pendaftaran Pemandu Uber
Uber Malaysia telah melaksanakan perkhidmatan mereka di beberapa bandar besar di negara Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Johor. Mereka yang berminat boleh membuat permohonan di alamat Uber . Selepas membuat permohonan secara atas talian, pemohon perlu mengunjungi pejabat Uber untuk mengaktifkan permohonan mereka kerana tiada pengaktifan secara atas talian. Pemohon diperlukan untuk membawa dokumen seperti kad pengenalan diri (depan dan belakang), lesen memandu, dan salinan asal insurans kereta untuk mendapatkan kelulusan. Sedikit taklimat dan latihan akan diberikan oleh pasukan Uber Malaysia dalam masa 2 jam sebelum anda boleh memulakan pekerjaan baru.
Rakan Kongsi Aplikasi Uber
Rakan kongsi aplikasi Uber menggunakan aplikasi yang berlainan daripada Uber dan ia diberi nama “Uber Partner App”. Ia boleh dicari dan dimuat turun melalui Google Play atau App Store. Selesai muat turun, aplikasi tersebut hanya akan beroperasi setelah pengesahan kawasan pemandu Uber dilakukan. Aplikasi ini juga menjadi tempat permintaan pelanggan dan tempat pengiraan tambang perjalanan.
Pendapatan Uber
Bayaran pemandu Uber hanya akan dilakukan satu kali seminggu. Pemohon perlu memberi nombor akaun bank mereka kepada Uber setelah mereka mengunjungi Ibu Pejabat Uber di Petaling Jaya. Bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon pada masa yang telah ditetapkan.
Masalah Dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Pada tahun 2015, kereta pemandu Uber telah dirampas dan ia mencetuskan isu di antara pihak Uber dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ini berlaku kerana Uber telah melakukan operasi secara samar-samar. Kini, Uber menegaskan bahawa mereka beroperasi dengan aplikasi mereka.
Pemandu Uber akan mengenali terlebih dahulu pelanggan mereka sebelum beroperasi. Segala transaksi akan dilakukan di atas talian dan pelanggan tidak perlu membayar sebarang wang kepada pemandu mereka termasuklah mengeluarkan wang tip. Ini membolehkan Uber beroperasi dengan tulus dan meningkatkan kerjasama antara Uber dan SPAD.