Satu program khas telah dilaksnakan bagi anak kelahiran selangor yang menuntut di universiti awam. Program Khas Peduli Siswa ini telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada pelajar di 5 buah universiti berkenaan yang terlibat iaitu universiti islam antarabangsa(UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara(UITM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus selangor dengan pembiayaan seoanjang tempoh pengajian menerusi pinjaman tanpa faedah.
Pinjaman ini berdasarkan tahap kecermerlangan akademik menerusi PNGK iaitu pencapaian prestasj nilao gred kumulatif akhir pelajar. Inisiatif daripaa kerajaan selangor ini bertujuam membantu pelajar yang merupakan anak-anak selangor untuk menyambung pelajaran mahupun sedang menuntut dalam pengajian diploma ataupun ijazah di 5 universiti berkenaan yang terlibat.
Keutamaan pinjaman ini kepada pelajar yang hanya mendapat pinjaman separa daripada perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional (PTPTN). Namun, pelajar juga perlu memenuhi syarat am dan akademik untuk melayakkan diri pinjaman dalam program khas peduli siswa ini. Antara kriteria-kriteria bagi syarat am adalah :
- Ibu bapa dan pemohn adalah warganegara malaysia
- Ibu bapa dan pemohon adalah anak kelahiran selangor
- Lebih 5 tahun bermaustaitin di selangor
- Telah mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di universiti-universiti awam tersebut
- Universiti islam antarabangsa malaysia
- universiti kebangsaan malaysia
- univeraiti putra malaysia
- universiti teknologi mara
- universiti putra malaysia
Bagi kelayakan syarat akademik pula, pelajar dalam bidang pengajian ijazah sarjana muda perlu memperoleh PNGK 2.50 keatas manakala ijazah perubatan dalam bidang pembedahan, pergigian dan veterinar hendaklah sedang menuntut di mana-mana universiti awam terlibat yang telah disenaraikan. Pengajian diploma pula memperoleh PNGK 2.50 keatas sekurang-kurangnya.
Dimaklumkan, kadar pembiayaan pada peringkat diploma adalah RM4,900 setahun manakala peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah perubatan adalah RM6,500 dan RM7,000 masing-masing. Tajaan ini akan bermula pada tarikh mula pengajian hingga tamat pengajian pelajar di universiti awam terlibat yang berkenaan.
Difahamkan, pembayaran balik pembiayaan ini berbentuk boleh ubah dimana ianya berkurang bergantung kepada pencapaian PNGK akhir pelajar. Bagi peringkat pengajian diploma, pelajar yang memperoleh 3.75 hingga 4.00 layak mendapat 100% pengurangan. Pencapaian PNGK 3.50 hingga 3.74 mendapat pengurangan 50%. Manakala pencapaian PNGK 3.20 hingga 3.49 dan 3.19 hingga ke bawah mendapat 25% dan 0% masing-masing. Bagi peringakat pengajian ijazah perubatan pula, pelajar yang lulus akan mendapat 100% pengurangan pembiayaan.
Syarat lain selain PNGK perlu dipenuhi oleh pelahar iaitu, menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Pelajar tidak melanggar salah satu syarat yang ditetapkan dalam perjanjian dan pelajar perlu mengemukakan salinan transkrip rasmi yang telah mendapat pengesahan daripada pigak universiti kepada pihak urus setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)