Melalui Pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan insentif diskaun bagi bayaran balik pinjaman PTPTN. Insentif tersebut yang berkuatkuasa dari 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017 merangkumi :
- Insentif diskaun 15% layak diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman;
- Insentif diskaun 10% layak diberikan untuk peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
- Insentif diskaun 10% layak diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut ansuran pada jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Langkah pemberian insentif diskaun kepada peminjam ini adalah bertujuan meringankan beban hutang yang ditanggung oleh peminjam di mana peminjam boleh mengurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar. Berita baik ini juga meliputi sama ada peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atau sebaliknya.
Selain itu, pemberian insentif ini juga dapat meningkatkan kesedaran peminjam PTPTN terutamanya yang sudah bekerja untuk membuat bayaran balik secara konsisten melalui kaedah potongan gaji. Kini, pemberian insentif ini menyediakan peluang kepada semua peminjam kerana peminjam boleh membuat bayaran balik secara konsisten setiap bulan melalui potongan gaji atau secara penuh. Peminjam disarankan untuk segera berunding dengan PTPTN sekiranya terdapat masalah untuk membuat bayaran balik mengikut jadual yang ditetapkan,.
Peminjam perlu menyemak baki hutang terlebih dahulu melalui penyata secara atas talian atau online di portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my menghubungi talian Careline 03 – 2193 3000. Langkah ini diperlukan bagi peminjam yang ingin menyelesaikan keseluruhan hutang atau penyelesaian 50% daripada hutang. Peminjam perlu melengkapkan Borang Permohonan Potongan Gaji yang terdapat di portal rasmi PTPTN dan menghubungi Careline. Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui direct debit, borang tersebut boleh diperolehi di semua kaunter PTPTN mulai 1 November 2016.
Berikut adalah ringkasan panduan syarat dan krirteria pemberian diskaun bagi rujukan peminjam:
Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman
- Diskaun 15% layak diberikan kepada peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.
- Diskaun 15% ini dikira daripada baki keseluruhan hutang pinjaman.
- Baki keseluruhan hutang pinjaman boleh diperolehi melalui saluran berikut:
- Klik pada ruangan ‘Bajet 2017‘ di Portal Rasmi PTPTN
- Hubungi Careline 03 – 2193 3000
- Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% diselesaikan.
- Klik untuk Soalan Lazim
Diskaun 10% Untuk Bayaran Balik Sebahagian Pinjaman
- Diskaun 10% layak diberikan kepada peminjam mengikut kategori berikut:
- Semua peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 50% daripada baki keseluruhan hutang pinjaman dalam sekali bayaran (yang diterima pada bulan yang sama).
- Semua peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran Potongan Gaji atau Direct Debit mengikut amaun yang ditetapkan/ dipersetujui.
- Tempoh kuat kuasa insentif ini ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.
- Bagi peminjam yang mempunyai tunggakan, rundingan perlu dilakukan melalui salah satu saluran berikut:
- Hubungi Careline 03 – 2193 3000
- Hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN
- Saluran untuk permohonan Potongan Gaji dan Direct Debit adalah seperti berikut:
- Permohonan Potongan Gaji Online.
- Permohonan Direct Debit Online.
- Klik di sini untuk Soalan Lazim