Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANTUAN KHAS DI BAWAH TABUNG BANTUAN COVID-19 NADMA KEPADA ORANG AWAM YANG TERKESAN SECARA LANGSUNG DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengumumkan akan memberi Bantuan Khas Bakul Makanan kepada individu atau ketua keluarga yang telah kehilangan sumber pendapatan atau terputus bekalan makanan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Ia bagi membolehkan rakyat Malaysia meneruskan kelangsungan hidup tanpa perlu berlapar dan sengsara akibat tiada sumber kewangan untuk memperoleh bekalan makanan. Bantuan ini menggunakan dana bantuan dari Tabung Bantuan Covid-19 NADMA. Bagi menjayakan program penyaluran Bantuan Bakul Makanan ini, NADMA turut dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan RELA bagi penyerahan Bantuan Khas Bakul Makanan.

Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

Bantuan diberikan dalam bentuk bekalan makanan asas kepada rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan serta memerlukan bantuan bekalan makanan kerana telah terputus bekalan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Cara Memohon

  • Pemohon mestilah terdiri dari Ketua Keluarga atau individu bujang perlu menghubungi Talian Kasih di 15999 atau boleh menghantar mesej secara Whatsapp di nombor 019-261 5999
  • Hubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau di daerah masing – masing mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang

 

Maklumat Yang Diperlukan

Senarai maklumat berikut adalah diperlukan semasa membuat permohonan bantuan.

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat rumah
  • Bilangan ahli keluarga yang berada di alamat tersebut
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi bagi membolehkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat pengesahan maklumat sebelum membuat penghantaran

 

Cara Serahan Bantuan

Penghantaran bantuan bekalan makanan akan dihantar ke rumah pemohon di seluruh negeri oleh wakil Angkatan Pertahanan Awam dan RELA.


Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi melalui agensi berikut :

  1. NADMA

 

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

Twitter JKM : @JKMHQ