Seiring dengan kemajuan teknologi secara atas talian, satu sistem E Pangkat KPM telah ditubuhkan. Sistem ini telah dilaksanakan bagi tujuan memudahkan pengguna bagi sebarang pengisian urusan kenaikan pangkat ataupun sebarang kekosongan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan malaysia. Sistem ini telah berfungsi untuk proses
- pemangkuan
- menangani isu kelewatan
- pertindihan urusan kenaikan pangkat
- penempatan pemangkuan
- Pertukaran jawatan
- pemantauan serta pengemaskinian data-data kenaikan pangkat bagi pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS).
semakan berkaitan kenaikan pangkat secara atas talian ini (online) anda sebagai pengguna boleh melayari laman web
Kenaikan pangkat bagi staff di bawah kementerian pendidikan
- https://naikpangkat.moe.gov.my
Kenaikan pangkat bagi staff di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam
Kenaikan pangkat bagi staff di bawah kementerian kesihatan
- ebsmsemak.moh.gov.my
Jika terdapat sebarang masalah seperti anda tidak dapat membuka laman web yang yang disediakan, anda boleh menghubungi pihak berwajib di cawangan naik pangkat, bahagian pengurusan.
Alamat :
sumber manusia,
kementeria pelajaran malaysia (KPM)
Aras 4, Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
Tel : 03-88847963 /7863/ 7816
Email : [email protected].
Beberapa perkara perlu anda ambil perhatian. Antaranya adalah :
- Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
- Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
- Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat yang berkenaan.
- Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak status Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas 30 hari bekerja dari Tarikh Muat Naik Data.
Dengan adanya sistem e pangkat ini, dapat meningkatkan penambaikan dalam proses kenaikan pangkat bagi guru-guru, pemsyarah, pegawai mahupun lain-lain staff. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pembaca yang ingin mendapatkan makumat berkaitan kenaikan pangkat secara online.