Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan keselamatan data peribadi orang ramai dari digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab semasa menggunakan perkhidmatan dalam talian. Justeru, aplikasi MyDigital ID dibangunkan bagi mengatasi masalah ini. Melalui MyDigital ID ini, pengesahan identiti individu boleh dibuat berdasarkan pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan data peribadi pengguna dan penggunaannya tidak menggantikan sistem MyKad. Selain itu, MyDigital ID yang menggunakan kata laluan membolehkan pengguna mengakses ke portal serta aplikasi dalam talian dengan mudah dan selamat. Ia secara tidak langsung memudahkan pengguna melakukan transaksi tanpa perlu membuat pengesahan identiti yang begitu rumit.
Aplikasi ini hanya boleh digunakan di talian pintar sahaja dengan memuat turun melalui Apple App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.
Kelebihan MyDigital ID
MyDigital IDmempunyai beberapa kelebihan untuk rakyat Malaysia, iaitu seperti berikut:
- Integrasi dengan Pelbagai Platform:
MyJPJ dan MyBayar PDRM antara perkhidmatan kerajaan yang telah diintegrasikan dengan aplikasi ini
- Keselamatan Transaksi:
Transaksi yang selamat kerana dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan bagi melindungi maklumat peribadi pengguna dari diceroboh oleh penggodam
- Kemudahan Akses:
Penggunaannya adalah sangat mudah tanpa perlu mengisi maklumat yang sama setiap kali menggunakan perkhidmatan dalam talian dan boleh diakses oleh semua peringkat masyarakat. Ia juga boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja lokasi
- Jimat Masa
Transaksi yang lebih efisien dan pantas menjimatkan masa pengguna tanpa perlu beratur panjang
- Pengesahan Biometrik dan Selamat
Aplikasi ini dilengkapi dengan kemudahan biometrik membolehkan pengesahan identiti dibuat hanya dalam beberapa saat sahaja
- Pantas
Pengesahan identiti boleh dibuat hanya dalam beberapa saat sahaja
- Pintar
Risiko penipuan adalah rendah tanpa perkongsian dokumen
- Tepat
Rujukan adalah secara terus dari pangkalan data rasmi kerajaan, Jabatan Pendaftaran Negara
- Unik
Menggunakan hanya satu identiti digital untuk pelbagai perkhidmatan serta aplikasi
Cara Mendaftar
Pengguna boleh membuat pendaftaran MyDigital ID secara dalam talian dengan melengkapkan butir-butir peribadi seperti nama penuh, alamat tempat tinggal serta nombor pengenalan diri. Kod pengesahan akan dihantar kepada pengguna setelah selesai mendaftar dan profil peribadi boleh diakses oleh pengguna.
- Setelah memuat turun aplikasi MyDigital ID, klik Daftar Online
- Masukkan alamat emel, kod OTP, nama penuh dan nombor kad pengenalan
- Sahkanidentitidenganmengambilgambarhadapansertabelakang MyKad anda
- Buat pengesahan melalui imbasan wajah
- Masukkan kata laluan yang unik, minimum 8 aksara
- Sahkan kata laluan dan pendaftaran identiti digital anda telah berjaya, selamat disimpan dalam aplikasi MyDigital ID
Cabaran dan Penambahbaikan
Biarpun aplikasi MyDigital ID menawarkan pelbagai kelebihaan, namun turut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani iaitu seperti berikut:
- Kesedaran dan Pendidikan:
Maklumat yang tepat serta kesedaran perlu disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak cakna dengan fungsi dan kelebihan aplikasi MyDigital ID
- Keberkesanan Teknologi:
Pihak kerajaan perlu sentiasa memperbaharui teknologi aplikasi selari dengan perubahan masa bagi menghadapi ancaman keselamatan siber yang semakin kompleks
Kesimpulan
Aplikasi MYDigital ID dilihat berpotensi menjadi sistem pengenalan diri digital yang lebih berdaya maju, canggih dan berintegrasi dengan teknologi – teknologi seantero dunia seperti blockchain. Ianya juga dijangka dapat memenuhi keperluan pengguna kerana penggunaan identiti digital adalah sangat penting pada masa hadapan. Maklumat peribadi pengguna adalah selamat dari dicerobohi kerana aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.Kini,seramai lebih tiga juta pengguna telah mendaftar dan lebih 45 platform Kerajaan dan swasta yang telah berintegrasi dengan MyDigital ID.
