​Program Bantuan MyBeras

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah ditubuhkan pada tahun 1986. Sejak mula ditubuhkan, YWP telah membantu pelbagai komuniti hasil sumbangan daripada orang ramai dan juga korporat. Melalui Yayasan ini, golongan yang kurang bernasib baik di Wilayah Persekutuan telah banyak dibantu dan kehidupan masyarakat juga telah berubah menjadi lebih baik. Justeru, Menteri Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan program MyBeras yang dikhususkan buat rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2021.

Program MyBeras ini merupakan inisiatif tambahan bagi program MyFood@Wilayah untuk membantu golongan miskin bandar dan juga golongan B40 yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini. Ia juga merupakan program yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dengan dasar Wilayah Prihatin. Sumbangan beras diberikan sepanjang bulan Februari yang akan diagihkan setiap minggu. Walau bagaimana pun, tempoh agihan akan dilanjutkan sehingga Jun 2021 bergantung kepada sumbangan beras yang diterima daripada penyumbang.

 

Rakan Strategik Program MyBeras

Terdapat beberapa rakan strategik yang bersama – sama menjayakan Program MyBeras ini yang terdiri daripada :

  • Yayasan Wilayah Persekutuan (mengurus pembekalan dan sumbangan beras)
  • Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) (menguruskan pengedaran beras secara terus kepada rakyat)
  • Para penderma individu dan badan korporat  

 

Jenis Bantuan Yang Diberikan Melalui Program MyBeras

Setiap keluarga yang layak akan diberikan sebanyak 1 kampit beras (5kg)

 

Tarikh Permohonan MyBeras

Program bantuan MyBeras ini bermula pada 1 Februari 2021 yang dilancarkan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan

 

Syarat Memohon Bantuan MyBeras

  • Pemohon mestilah menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pemohon mestilah terdiri dari golongan B40 dan juga miskin bandar yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19 yang menular
  • Setiap permohonan mestilah mewakili satu keluarga

 

Cara Memohon Bantuan MyBeras

  • Permohonan boleh dibuat melalui Majlis Perwakilan Penduduk di Wilayah Persekutuan (MPPWP) yang menguruskan program MyBeras di Parlimen masing – masing
  • Sekiranya layak, pihak MPPWP akan memberikan kupon beras dan warna kupon adalah berbeza pada setiap minggu (terdapat tempoh sah laku yang berbeza pada setiap kupon yang diberikan)
  • Penerima kupon MyBeras boleh mendapatkan beras di lokasi yang tercatat di belakang kupon dalam tempoh sah laku 
  • Penerima kupon perlu menghubungi pihak MPPWP sekiranya tempoh sah laku kupon telah tamat

 

 

Senarai Pengerusi MPPWP 

 

Pengerusi MPPWP Zon Setiawangsa – Encik Yusaini bin Amir (012-339745)

Pengerusi MPPWP Zon Titiwangsa – YBhg. Datuk Azizulrahman bin Mohd Hussaim   Malim (019-2290470)

Pengerusi MPPWP Zon Seputeh – Puan Chan Quin Er (012-2077017)

Pengerusi MPPWP Zon Cheras – YBhg. Datuk Mahadi bin Hj Abd Shukor 

  (012-4755700 / 019-3912649)

Pengerusi MPPWP Zon Segambut – YBhg. Datuk Daniel ling Sia Chin 

  (012-2020696)

Pengerusi MPPWP Zon Wangsa Maju – YBhg. Datuk Hj Hamdan bin Mohd Yusoff 

  (019-2884161)

Pengerusi MPPWP Zon Lembah Pantai – Y.M Tengku Zuhri bin Tengku Abdul Aziz 

  (012-6531977)

Pengerusi MPPWP Zon Kepong – Encik Fong Kah Wei (012-3368764)

Pengerusi MPPWP Zon Bandar Tun Razak – Encik Mohd Shahni bin Ismail (019-3839677)

Pengerusi MPPWP Zon Batu – Tn haji Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim   (012-2510880)

Pengerusi MPPWP Zon Bukit Bintang – Encik Phang Boon Chai (012-2343771)

Pengerusi MPPWP Zon Putrajaya – YBhg. Datuk Shokri bin Shafee (019-6633602)

Pengerusi MPPWP Zon Labuan – Encik Mohd Dzulfaizal bin Ab Manan 

  (016-5559539)

Sebanyak 23,000 kampit beras (5kg) akan diedarkan sebagai permulaan program sepanjang bulan Februari 2021. Pengedaran beras akan ditambah sekiranya terdapat banyak sumbangan daripada orang ramai dan juga badan korporat. Ia akan diedarkan sebanyak 3 kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan juga Jumaat melalui MPPWP masing – masing.