eKasih akan menerima bantuan pada hujung Jun

MIRI: Kesemua yang berdaftar di bawah sistem eKasih layak menerima bantuan pada hujung bulan ini.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah, hanya 45 nama daripada 419 yang didaftarkan di bawah sistem eKasih belum ditentukan lagi status pengesahan.

“Salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi membasmi kemiskinan di negeri ini adalah untuk memastikan bahawa semua orang di bawah kategori miskin akan menerima bantuan daripada kerajaan”.

“Kita telah mengenalpasti 419 nama di dalam sistem eKasih. Sememangnya kita telah menetapkan target supaya semua orang akan menerima bantuan hujung bulan ini,” kata Fatimah semasa Majlis ‘Sejambak Kasih Hari Raya Aidlfitri’ yang dianjurkan oleh Hotel Dynasty di sini kemarin.

Berhubung dengan 45 nama yang tidak mempunyai status di dalam sistem, Fatimah berkata terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada masalah ini.

“Sesetengahnya terdapat masalah dengan dokumen peribadi, manakala ada juga yang masih menggunakan nombor Kad Pengenalan dengan format yang lama – yang bermula dengan hurut ‘K’; sesetengahnya telah pun meninggal dunia; terdapat juga yang tidak dapat dijejaki oleh Pejabat Daerah; dan ada yang tidak dapat dihubungi akibat keadaan jalan perhubungan yang teruk,” tambah beliau, dengan mengatakan terdapat juga kaum Penan yang sentiasa berpindah randah, menjadikan proses untuk mengesan mereka semakin sukar.

“Walau apa jua kes, kami akan mencuba yang terbaik untuk memastikan kesemuanya menerima bantuan tersebut. Setelah semua cara yang mungkin telah dilakukan tetapi penerima masih tidak dijumpai, nama-nama dikeluarkan dari sistem,” tambah beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata bantuan haruslah sampai kepada mereka dengan kes-kes sebenar atau lain – ini termasuk penerima yang tinggal di kawasan – kawasan terpencil atau kawasan luar bandar, atau mereka yang sukar untuk sampai ke kawasan; dan mereka telah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan. “

Semasa majlis tersebut, sebanyak 150 individu yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah menerima bantuan Hari Raya, wang tunai sebanyak RM100 dan hamper bernilai RM50.

Tambahan lagi, hotel juga telah menyumbangkan kepada setiap penerima berupa hamper bernilai RM150.

Selain itu, Fatimah turut memaklumkan bahawa sejumlah 31,706 individu dari seluruh negeri ini telah menerima sumbangan khas dari JKMS sempena Hari Gawai.

Menteri itu berkata JKMS telah mengagihkan sejumlah RM79,465,400 kepada 56,805 penerima di Sarawak dari Januari hingga Mei tahun ini dan daripada jumlah itu, 4,097 penerima dari Miri menerima sebanyak RM6,154,950.

“Setiap tahun jumlah penerima semakin meningkat – sebanyak 56,621 pada tahun 2015, 57,047 pada tahun 2016, and 56,805 pada tahun ini.”

Fatimah juga menggalakkan penerima bantuan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri sebagai satu cara mereka untuk keluar dari kelompok kemiskinan.

“Terdapat geran kerajaan yang disediakan untuk mereka memulakan perniagaan sendiri, sehingga mereka tidak perlu bergantung kepada bantuan kebajikan,” katanya.

Tambah beliau lagi, Kerajaan negeri telah menyenaraikan langkah untuk menyemak semula garis pendapatan kemiskinan dari RM830 sebelumnya kepada RM990, memandangkan kos sara hidup yang tinggi.

“Kami juga telah memperbaiki skim bantuan bencana Sarawak pada tahun 2017. Bermula pada bulan Januari 2017, nilai tambah yang disediakan oleh kerajaan negeri termasuk 100 peratus peningkatan untuk bantuan mangsa bencana, peningkatan terhadap keperluan barang asas, dan juga bantuan rumah tidak melebihi RM5,000 setahun jika perlu, “katanya.

Berhubung kerjasama dengan Hotel Dynasty Hotel di sini, beliau berkata program ‘Sejambak Kasih Hari Raya Aidlfitri’ telah pun diadakan selama 15 tahun, dan ini adlaah peluang kepada hotel untuk menyertai program CSR bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pada 9 Julai ini, Hotel Dynasty Hotel akan mengadakan larian amal tahunan ke-14.

Program kemarin turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak, Rosey Yunus, Telang Usan, Dennis Ngau, Residen Miri Sherrina Husaini, Pengarah Urusan Hotel Dynasty, Tony Pui dan Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit.