New York: Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia dalam satu landasan yang betul untuk menjadi satu negata perpedapatan tinggi pada tahun 2020 di sidangan United Nations yang sedang berlangsung di Manhattan ,New York. Malaysia dalam proses untuk menjadi negara berpedapatan tinggi walaupun menghadapi cabaran yang sengit dengan krisis ekonomi di dunia. Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia perlu sedia untuk setiasa dinamik dengan faktor ekonomi dunia yang sentiasa berubah.
Perdana Menteri juga menegaskan bahawa keadaan ekonomi negara sangat kukuh dan indikator telah mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggit pada tahun 2020. Malaysia masih mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang sangat tinggit iatu lebih dari lima peratus jika dibandingkan dengan pertumbuhan negatif tujuh peratus pada tahun 1998. Malaysia juga banyak mempelajari dari krisis pada tahun 1998. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar defisit dari negatif 6.7 peratus kepada positif 3.2 peratus pada tahun ini.
Kadar kemiskinan negara juga berjaya dikurangkan kepada 0.4 peratus pada tahun 2014. Industri bank dan kewangan Malaysia juga mempunyai rezab yang secukupnya bagi menangani masalah kegawatan.Kadar pijaman tidar berbayar di Malaysia juga adalah dalam paras yang amat rendah.
Kerajaan Malaysia juga telah berjaya mengwujudkan 1.8 juta pekerjaan baru dengan pelan negara seperti “Economic Transformation Program” ETP sejak dari tahun 2010. Agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch and Moody juga telah memberi keyakinan kepada Malaysia dengan memberi kedudukan yang tinggi kepada keadaan ekonomi Malaysia. Malaysia juga berjaya disenaraikan dengan kedudukan tempat kedua belas diantara 60 negari dari segi daya saing dalam ‘World Competitiveness Yearbook 2014’.
Perdana Menteri juga menyatakan bahawa isu kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dimana keseimbangan perlu dicapai dari segi ekonomi rakyat dan ekonomi modal.