1 Juta Dekoder MYTV Tambahan

Sejak Oktober 2019 yang lalu, siaran tv di Malaysia hanya menggunakan siaran tv digital sahaja dan tidak boleh lagi menggunakan siaran tv analog untuk menonton televisyen. Bagi yang ingin menonton televisyen, pengguna perlu menggunakan dekoder digital seperti MYTV, ASTRO atau sebagainya. Pada awal tahun 2019, kerajaan telah mengagihkan secara percuma sebanyak 1.5 juta dekoder MYTV kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), isi rumah B40 dan juga golongan OKU.

Sebanyak 300,000 unit dekoder ditambah pada akhir tahun 2019 dan kemudiannya sebanyak 500,000 unit lagi pada awal tahun 2020. Walau bagaimana pun, lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang memiliki dekoder MYTV kerana pihak kerajaan bercadang untuk menambah sebanyak 1 juta dekoder MYTV lagi. Penambahan dekoder sehingga 1 juta dekoder ini kerana mendapat permintaan yang tinggi dari rakyat. Perkhidmatan rangkaian televisyen percuma ini lebih mendapat sambutan di kawasan luar bandar dan rata – rata berpuas hati dengan perkhidmatan percuma yang ditawarkan ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan jalur lebar di semua kawasan termasuk di luar bandar supaya siaran televisyen digital tidak terganggu. Ini berikutan terdapat sebilangan kecil kawasan yang memiliki rangkaian digital yang agak kurang memuaskan. Pada masa ini, kerajaan belum lagi menggunakan rangkaian jaringan 5G, namun ia akan digunakan pada masa akan datang bagi menawarkan perkhidmatan rangkaian yang lebih baik.

Sekiranya jaringan 5G digunakan, siaran televisyen digital lebih jelas, terang serta dapat mengurangkan gangguan semasa siaran televisyen. Berdasarkan pemantauan terhadap kualiti perkhidmatan siaran televisyen digital, MYTV telah menawarkan Service Level Agreement (SLA) tahunan pada kadar 99 peratus kepada pembekal permohonan perkhidmatan kandungan yang berada di platform MYTV. Melalui peratusan yang dikeluarkan oleh pihak SLA, ia sebenarnya menggambarkan tahap gangguan semasa siaran televisyen.

Sekiranya peratusan SLA yang ditunjukkan adalah tinggi, maka tempoh gangguan yang akan dihadapi oleh penonton akan menjadi semakin rendah dan berkurangan. Sejak November 2019 hingga Januari 2020, purata SLA siaran televisyen digital MyFreeview di seluruh negara adalah sebanyak 99.96 peratus. Kerajaan juga sentiasa memperbaiki kualiti siaran supaya orang ramai mendapat maklumat terkini melalui siaran televisyen tanpa sebarang gangguan yang menjejaskan penyampaian maklumat.