Lebih 5 Juta permohonan telah diluluskan dan bakal menerima BR1M

Sebanyak 5 juta permohonan untuk BR1M 2017 telah diluluskan. Pada tahun ini, sebanyak 8,277,391 permohonan untuk BR1M telah diterima oleh kerajaan. Sejumlah 2,782,799 akan menerima bantuan sebanyark Rm 1,200.  Manakala 243,434 akan menerima bantuan RM 900 dan 2,217,005 akan menerima bantuan sebanyak RM 450. Penerima BR1M yang tertinggi datang dari Negeri Selangor yang berjumlah 666,316 dan diikuti dengan Sabah yang berjumlah 477,482 dan Sarawak yang berjumlah 537,588 permohonan. Dari segi statistik, golongan penerima BR1M tertinggi adalah dari 21 hingga ke 30 tuhan dan yang berumur lebih dari 61 tahun.

Menurut kenyataan Perdana Menteri Dato seri Razak. Seramai 5,153,238 permohonan untuk BR1M telah diluluskan dan mereka akan bakal menerima bayaran dari BR1M untuk fasa pertama pada 18 Februari ini. Manakala sejumlah 3,123,950 permohonan untuk BR1M masih lagi diproses dan keputusan mungkin akan diumumkan pada bulan Mac. Bayaran BR1M untuk kategori isi rumah akan dibuat dalam 3 fasa untuk tahun ini. Bayaran akan dibuat pada Februari, Jun dan Ogos untuk tahun 2017.

Perdana Menteri juga kesal dengan perbuatan sesetengah pihak yang menyelar bantuan BR1M sebagai rasuah ataupun dedak. Perdana Menteri menyatakan jika negara muflis, bagaimana bantuan BR1M boleh ditambah untuk setiap tahun. Bantuan BR1M adalah ikhlas dari kerajaan dan diagihkan kepada gologan yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama walaupun dari pihak yang berlainan pendapat politik.

Pihak pembankang perlulah lebih sensitif kerana bantuan BR1M telah banyak menolong mengurangkan beban sara hidup untuk golongan berpendapatan rendah. BR1M merupakan satu mekanisme subsidi yang lebih efektif jika dibandingkan dengan sistem yang lain. Bantuan subisidi BR1M dari segi kewangan boleh disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan. Ini adalah lebih efectif jika dibangdingkan dengan subsidi minyak dimana gologan berpedapatan rendah tidak boleh memanfaatkan harga minyak sepenuhnya.

Terdapat banyak sumbar yang menyatakan bahawa pemberian BR1M mungkin akan dinaikkan pada tahun depan jika harga minyak naik lai.