KUALA LUMPUR : Kerajaan akan menimbang kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penerima secara sementara sekiranya harga minyak terus meningkat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan menyedari kenaikan harga minyak yang berterusan ini dan sekiranya kenaikan itu akan meningkatkan pendapatan tambahan kepada kerajaan, Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membantu rakyat dalam mengatasi isu ini.
“Untuk setiap kenaikan US$1 setong minyak, secara puratanya kenaikan ini akan meningkatkan pendapatan Kerajaan sebanyak RM300 milion.
“Pada masa ini, harga purata minyak setong berada pada US$52 dan jika pada penghujung Disember tahun depan, kenaikan harga purata kepada US$62 setong, kerajaan akan memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM3 bilion, “kata Johari ketika menggulung perdebatan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2018 di peringkat jawatankuasa kementerian.”
Beliau juga menjawab soalan Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) yang bertanya mengenai kesan kenaikan harga minyak kepada kadar inflasi negara, terutamanya bidang pengangkutan yang merupakan salah satu faktor penyumbang inflasi.
“Wajaran sektor pengangkutan adalah kira-kira pada 13.7 peratus. Oleh itu, apabila kenaikan harga minyak, hanya melibatkan peningkatan inflasi utama manakala inflasi teras kekal stabil”.
“Dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas, inflasi teras kami kekal stabil pada kada 2.5 peratus, walaupun inflasi utama meningkat kepada empat peratus berikutan kenaikan harga minyak setong, ” katanya.
Dalam soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Taiping), yang meminta penjelasan mengenai pemberian subsidi harga minyak, Johari berkata subsidi RM1.6 bilion hanya diberikan kepada golongan masyarakat tertentu seperti nelayan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.
Beliau berkata sejak sistem apungan telah diperkenalkan, walaupun terdapat penurunan harga minyak sebanyak 12 kali, berbanding dengan peningkatan sebanyak 19 kali, kesan kadar bersih yang diperolehi hanya satu sen.