Apa itu Kar1sma
Berlandaskan kepada semangat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.4 Billion bagi membantu kira – kira 500,000 penerima bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1 Malsyia (KAR1SMA). Kerajaan telah melancarkan KAR1SMA pada bulan Ogos 2011 sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan berpendapatan rendah serta memastikan tiada kelompok rakyat, termasuk warga emas, tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara.
Selain itu, program ini bertujuan menegakkan keadilan sosial dalam negara, salah satu tiang utama kepada Gagasan 1 Malaysia. Program kebajikan itu diilhamkan oleh Perdana Menteri dan dikendalikan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. KAR1SMA diuruskan dan dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi seluruh negara.
Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan bulanan kepada golongan warga emas yang berpendapatan rendah, kanak-kanak miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal dan balu kepada anggota tentera dan polis. Bantuan ini disalurkan kepada golongan sasar tersebut supaya golongan tersebut tidak merasa tersisih oleh masyarakat dan berupaya meneruskan kelangsungan hidup seperti golongan lain yang lebih bernasib baik.
Jenis Bantuan
Secara keseluruhannya, peruntukan itu merangkumi bantuan untuk kanak – kanak sebanyak RM290 juta, OKU sebanyak RM332 juta, warga emas sebanyak RM455 juta dan membiayai program kemasyarakatan peringkat komuniti sebanyak RM303 serta bantuan kepada balu polis dan tentera sebanyak RM 4.1 juta. Secara prinsipnya, setiap seorang atau isi rumah menerima sebanyak RM100 hingga RM450 setiap bulan.
Pengagihan bantuan yang tepat waktunya kepada semua kumpulan sasar turut menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut merupakan ringkasan bantuan menerusi program KAR1SMA yang disediakan mengikut kategori kumpulan sasaran :
Jenis Bantuan KAR1SMA
Kumpulan Sasaran | Bantuan |
Kanak – kanak |
|
Orang Kurang Upaya (OKU) |
|
Warga Emas |
|
Balu Tentera dan Polis |
|
Komuniti |
|
Pelbagai perkhidmatan disediakan menerusi KAR1SMA iaitu:
- Bantuan kewangan bulanan
- Erkhidmatan di institusi
- Pusat jagaan harian
- Program ziarah dan bantu
- Insentif OKU produktif, dorongan kerjaya (Job Coach)
- Latihan kemahiran ibu tunggal serta wanita
- Perkhidmatan kesihatan
- Mamogram
- Taman asuhan kanak – kanak
- Pusat aktiviti kanak – kanak
- Inisatif kebajikan produktif