Skim Perumahan Belia

Skim Perumahan Belia (SPB) merupakan produk khusus yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan. Cagamas dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara insitusi yang turut serta di dalam skim ini. SPB ini juga bagi membantu golongan belia memiliki rumah sendiri dan ianya terhad kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’. Skim ini telah diperkenalkan sejak tahun 2018 lagi. Namun, semasa pembentangan Bajet 2020, ia telah diketengahkan semula untuk manfaat rakyat Malaysia.

Kelayakan Permohonan

Kriteria yang diperlukan bagi permohonan Skim Perumahan Belia (SPB) adalah seperti berikut :

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 25 hingga 40 tahun dan sudah berkahwin

iii. Berpendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan

  1. Merupakan pembelian kali pertama sahaja
  2. Memiliki akaun BSN Giro / Giro-I kerana ansuran bulanan perlu dibayar ke akaun BSN

Kelebihan Skim Perumahan Belia

  1. Pemohon yang layak menerima skim ini berpeluang mendapat pembiayaan minima dari RM 100,000 sehingga RM 500,000 (maksima) dan margin pembiayaan adalah sehingga 100 % daripada harga belian rumah.
  2. MRTA / MRTT adalah maksima 5 % daripada harga belian rumah

iii. Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan

  1. Kadar faedah adalah rendah iaitu maksima BLR / BFR sehingga 2.4% sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat)
  2. Konsep pembiayaan adalah islamik dan konvensional
  3. Pemilik akan mendapat bantuan sebanyak RM 200 sebulan bagi tempoh 2 tahun pertama mulai pengeluaran pembiayaan yang pertama

vii. Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan

 

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  2. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian

iii. Salinan Kad Pengenalan

  1. Sijil Nikah yang sah

 

Pemohon Yang Berpendapatan Tetap:

  1.   Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini 
  2.   Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini 

iii.   Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain) 

  1.   Salinan penyata KWSP 
  2.   Surat pengesahan berkerja daripada majikan 
  3.   Borang EA/ EC Pemohon Bekerja Sendiri 

 

Pemohon Yang Bekerja Sendiri

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN 
  2. Surat pendaftaran syarikat (SSM) 

iii. Salinan penyata bank 6 bulan terkini 

  1. Dokumen – dokumen lain (sekiranya perlu)

 

Pemohon Bersama:

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
  2. Surat pendaftaran syarikat (SSM)

iii. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini

  1. Dokumen – dokumen lain (sekiranya perlu)


Sekiranya pemohon bekerja sendiri, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Borang B/BE dan Resit LHDN
  2. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  3. Salinan penyata bank 6 bulan terkini
  4. Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Sekiranya pembeli tidak mampu membayar ansuran bulanan, mereka boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP bagi membuat bayaran ansuran.
Perkhidmatan pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN tidak terhad kepada pembiayaan hartanah baru sahaja, malah bagi pembelian rumah siap juga boleh menggunakan skim ini. Pemohon perlu membawa kesemua dokumen lengkap ke mana – mana cawangan BSN untuk membuat permohonan. Permohonan secara online juga boleh dibuat menerusi laman web rasmi BSN.