Pada perbentangan Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengumumkan bahawa bayaran untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan ditingkatkan untuk tahun 2017. Peningkatan ini adalah untuk semua kategori penerima BR1M. Peningkatan ini adalah dari repons yang baik dan positif dari penerima BR1M di tahun-tahun yang lepas terutamanya dari gologan B40 ataupun golongan yang berpendapatan 40% kebawah.
Peningkatan untuk 2017
Menurut beliau, Kadar BR1M untuk e-Kasih akan dinaikkan kepada dari RM 1,050 kepada RM 1,200. Untuk Isi rumah yang berpendapatan RM 3,000 kebawah akan mendapat peninkatan dari RM 1,000 kepada RM 1,200. Manakala Isi rumah yang berpendapatan dari RM 3,001 hingga ke RM 4,000 akan mendapat peningkatan dari RM 800 ke RM 900. Penerima kategori bujang yang berpendapatan kurang dari RM 2,000 akan mendapat peningkatan dari RM 400 kepada RM 450. Menurut Najib Razak yang juga selaku Menteri Kewangan, Skim Khairat Kematian untuk BR1M juga akan diteruskan dengan pemberian RM1,000 kepada waris jika penerima BR1M meninggal dunia. Sejumlah 6.8 billion akan diperuntukan untuk program BR1M 2017 dimana lebih 7 juta penerima dijangka akan mendapat manfaat dari program ini.
Program BR1M yang bermula pada tahun 2012 telah banyak membantu rakyat dimana kos sara hidup mereka diringankan. Program seperti BR1M ternyata telah memberi banyak manfaat kepada gologan B40. BR1M telah meningkatan “Disposable income” ataupun pendapatan boleh guna untuk golongan B40. Menurut data dari Bank Negara, golongan yang berpendapatan RM 1,000 kebawah akan mengunakan 81 sen dari setiap pendapatan RM1 untuk keperluan asas manakala gologan yang berpendapatan RM 10,000 akan mengunakan 18 sen dari pendapatan mereka.
Menurut Dato Seri Najib Razak, program BR1M bukannya dedak seperti yang dinyatakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Secara tidak langsung, program BR1M akan meransang ekonomi setempat apabila penerima BR1M membeli keperluan asas di lokasi mereka apabila pendapatan boleh guna B40 meningkat. Penukaran pemberian subsidi yang am seperti petrol dan bahan mentah kepapa yang tersasar seperti BR1M membolehkan golongan yang benar-benar memerlukannya mendapat pertolongan yang sewajarnya.