Kerajaan negeri Terengganu sentiasa mengambil berat dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tempat terutama yang melibatkan isu kewangan. Oleh itu, bagi meringankan bebanan kos yang semakin meningkat saban hari, kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan yang dikenali sebagai iDana. Rakyat negeri Terengganu boleh membuat permohonan bantuan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan bagi setiap bantuan. iDana ini boleh dimohon secara online yang cukup memudahkan orang ramai membuat permohonan.
Bantuan iDana ini dahulunya dikenali sebagai Dana Terengganu. Ia diwujudkan bagi membantu golongan khusus yang terdiri dari golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan juga Orang Kurang Upaya (OKU). Pemberian bantuan yang disalurkan adalah mengikut beberapa kategori yang ditetapkan seperti Dana Raya, Bantuan Persekolahan, Bakti Remaja dan juga Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera.
Keprihatinan kerajaan Terengganu dalam membantu rakyat negeri ini dilihat sebagai satu kejayaan yang cukup membanggakan. Kewujudan gas ali dan petroleum yang terdapat di bumi bertuah negeri Terengganu ini memberi kelebihan kepada rakyat tempatan. Kerajaan Terengganu dilihat sebagai sebuah kerajaan yang sangat mengambil berat terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Terengganu.
Bantuan iDana RM 200 yang akan diberikan kepada golongan yang berkelayakan sempena menyambut kedatangan Syawal adalah sangat – sangat bermakna. Rakyat Terengganu sudah boleh mula memohon bantuan iDana raya ini kerana permohonan telah pun dibuka secara online.
Cara Memohon iDana Raya RM 200
- Layari laman web https:// idana.terengganu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan (Sekiranya nombor kad pengenalan yang dimasukkan tidak betul, satu mesej kesalahan akan dipaparkan)
- Pilih jenis bantuan yang dibuka untuk permohonan dan tekan butang Permohonan Baru.
- Syarat – syarat kelayakan akan dipaparkan dan pemohon perlu bersetuju serta mematuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum meneruskan permohonan. Pastikan anda telah tanda di kotak perakuan sebagai menerima syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan dan tekan butang Saya Setuju
- Isi semua maklumat yang bertanda (*) kerana ia wajib diisi. Bagi maklumat tanggungan, pemohn perlu memasukkan satu persatu rekod tanggungan dan tekan butang Tambah setiap kali ingin menambah bilangan tanggungan. Bagi menghapuskan rekod tanggungan, tekan butang Batal Permohonan setelah menandakan √ pada rekod yang berkenaan
- Tekan butang Hantar Permohonan sekiranya maklumat telah lengkap
- Maklumat permohonan akan dipaparkan
- Pemohon perlu membuat pengesahan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat yang dimasukkan dan klik pada kotak perakuan untuk pengesahan
- Tekan butang Sahkan Permohonan
- Cetak borang permohonan dan perlu diserahkan kepada Penghulu Mukim untuk pengesahan. Penghulu Mukim berhak mengesahkan atau menolak permohonan tersebut.
- Penghulu Mukim akan memperakui Akuan Terima permohonan sebagai pengesahan dan menyerahkan slip Akuan Terima sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan
- Permohonan anda akan mula diproses setelah semua maklumat dan dokumen diterima oleh pihak urusetia
- Anda hanya perlu membuat semakan secara online dari masa ke semasa samada berjaya atau gagal mendapat bantuan
Syarat – syarat Kelayakan
Beberapa syarat kelayakan perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan. Syarat yang ditetapkan adalah berdasarkan kategori – kategori berikut :
- Kategori Ibu Tunggal
- Mestilah merupakan rakyat negeri Terengganu
- Sekiranya pemohon bukan berasal dari negeri Terengganu, namun telah menetap melebihi tempoh 10 tahun, perakuan dari Penghulu Mukim kawasan masing – masing adalah diperlukan Pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2500 sebulan
- Merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu
- Borang Permohonan perlu disahkan dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan dokumen seperti kad pengenalan, surat cerai, sijil kematian suami / isteri dan slip gaji (Sekiranya tidak mempunyai slip gaji, pemohon perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim)
- Kategori OKU
- Mestilah merupakan rakyat negeri Terengganu
- Sekiranya pemohon bukan berasal dari negeri Terengganu, namun telah menetap melebihi tempoh 10 tahun, perakuan dari Penghulu Mukim kawasan masing – masing adalah diperlukan Borang Permohonan perlu disahkan dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan dokumen seperti kad pengenalan, kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / surat pengesahan Rawatan Doktor (kes mental) / sekiranya pemohon tidak berdaftar dengan JKM sebagai OKU, Surat Pengesahan Penghulu Mukim adalah diperlukan
- Kategori Warga Emas
- Mestilah merupakan rakyat negeri Terengganu
- Sekiranya pemohon bukan berasal dari negeri Terengganu, namun telah menetap melebihi tempoh 10 tahun, pemohon perlu mendapatkan pengesahan dan perakuan dari Penghulu Mukim kawasan masing – masing
- Berumur 65 tahun ke atas
- Sekiranya pasangan juga berumur 65 tahun dan ke atas, permohonan perlu dibuat secara berasingan
- Merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu
- Borang permohonan yang telah dicetak perlu diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan kad pengenalan
- Kategori Orang Miskin
- Mestilah merupakan rakyat negeri Terengganu
- Sekiranya pemohon bukan berasal dari negeri Terengganu, namun telah menetap bagi tempoh melebihi 10 tahun, perakuan dari Penghulu Mukim kawasan masing – masing adalah diperlukan
- Pemohon yang telah berkahwin mestilah berpendapatan tidak melebihi RM 2500 sebulan bagi Ketua Isi Rumah
- Pemohon bujang mestilah berumur melebihi 40 tahun dan berpendapatan tidak melebihi RM 1500 sebulan
- Bagi yang tidak mempunyai slip gaji, pemohon perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim
- Peniaga berlesen dan kontraktor berdaftar adalah tidak layak
- Merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu
- Pemohon yang telah berkahwin adalah wajib mengisi maklumat isi rumah yang terdiri dari maklumat pasangan dan tanggungan
- Borang Permohonan perlu disahkan dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan dokumen seperti kad pengenalan pemohon, kad pengenalan pasangan, surat beranak tanggungan, slip gaji (Sekiranya tidak mempunyai slip gaji / slip pencen terkini dan salinan surat nikah perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim)
Setiap permohonan tertakluk kepada syarat – syarat yang ditetapkan dan kerajaan Negeri berhak menolak permohonan yang dikemukakan. Sebarang pindaan boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dari masa ke semasa tanpa sebarang notis. Tarikh pembayaran iDana Raya ini dijangka akan dikreditkan ke akaun bank penerima pada bulan Mei 2020. Tarikh pembayaran iDana Raya ini dijangka akan dikreditkan ke akaun bank penerima pada bulan Mei 2020. Walau bagaimana pun, ia tertakluk kepada pengumuman terkini yang mungkin berubah dari masa ke semasa.