Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang menyediakan system kepada para majikan untuk mencarum bagi pihak pekerja. Caruman tersebut juga termasuklah faedah persaraan kepada pekerja atau ahli melalui pengurusan simpanan. KWSP ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452). Sehingga kini, sistem KWSP dipercayai dan cekap bagi memastikan majikan mencarum bagi pihak pekerja kepada KWSP dalam mematuhi undang – undang yang ditetapkan.
i-Akaun
Dengan kecanggihan teknologi, KWSP juga menyediakan sistem akaun ahli secara talian iaitu i-Akaun. Pekerja atau ahli yang mencarum melalui KWSP boleh mengaktifkan i-Akaun tersebut kerana semua permohonan yang dibuat oleh ahli adalah melalui i-Akaun.
Di i-Akaun, ahli boleh mengemaskini maklumat peribadi, menyemak log aktiviti i-Akaun, memohon e-Pengeluaran, menyemak Penyata KWSP terkini atau pada tahun tertentu, menyemak anggaran jumlah layak, status dan sejarah permohonan pengeluaran, pelaburan dan simpanan serta menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
Caruman melalui KWSP menunjukkan bahawa simpanan dari pendapatan pekerja merupakan simpanan wajib yang bertujuan untuk membantu pekerja semasa persaraan.
KWSP juga ada menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran yang lain. Antara kemudahan pengeluaran yang disediakan adalah Pengeluaran Sebelum Persaraan dan Pengeluaran Persaraan. Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan pekerja membuat pengeluaran sebelum mencapai umur persaraan. Manakala Pengeluaran Persaraan membenarkan pekerjaan membuat pengeluaran setelah mencapai umur persaraan.
Selain daripada kemudahan pengeluaran, KWSP juga ada menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP. Berikut merupakan jenis – jenis pengeluaran KWSP dan penerangan ringkas setiap pengeluaran.
Jenis-jenis Pengeluaran
- Pengeluaran Umur 50 Tahun
- Pengeluaran semua ATAU sebahagian simpanan dari Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 50 Tahun.
- Pengeluaran Umur 55 Tahun
- Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 Tahun.
- Pengeluaran Umur 60 Tahun
- Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada
Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun.
- Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Individu
- Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan melalui simpanan Akaun 2 yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU
- Bersama
- Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu
- bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri).
- Pengeluaran Hilang Upaya
- Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).
- Pengeluaran Meninggalkan Negara
- Pengeluaran ini boleh dipohon oleh i) Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara
lain ATAU ii) Bukan Warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia
- Pengeluaran Pendidikan
- Pengeluaran ini membenarkan pengeluaran dari simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
- Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Pesara Pilihan
- Pengeluaran kesemua simpanan bahagian pekerja bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen.
- Skim Pelaburan Ahli
- Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
- Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
- Pengeluaran yang membolehkan ahli untuk membiayai pembelian sebuah rumah dari simpanan Akaun 2. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
- Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
- Ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta, boleh membuat pengeluaran lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri.
- Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah
- Pengeluaran Kematian
- Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
- Pengeluaran Kesihatan
- Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli
atau ahli keluarga yang dibenarkan.
- Pengeluaran Haji
- Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.
- Pengeluaran Perumahan Fleksibel
- Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
- Pengeluaran Perumahan PR1MA
- Membantu Ahli KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa Depan.
Melalui i-Akaun seperti yang diterangkan di atas, ahli boleh memohon e-Pengeluaran.. e-Pengeluaran merupakan sistem untuk serahan permohonan pengeluaran secara atas talian bagi ahli yang mempunyai i-Akaun. Buat masa ini, jenis – jenis pengeluaran yang boleh dipohon melalui e-Pengeluaran adalah seperti berikut:
- Pengeluaran Membeli / Membina Rumah.
- Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan.
- Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.
- Pengeluaran Pendidikan
- Pengeluaran Kesihatan (Akan Datang)
- Pengeluaran untuk Pengeluaran Pendidikan
Ahli boleh melayari laman web di sini untuk maklumat terperinci setiap jenis pengeluaran iaitu kelayakan, cara memohon, borang yang digunakan dan cara bayaran dilakukan.
Terkini, pada 5 Julai 2018, KWSP menambah baik proses pengeluaran di mana bermula 21 Julai 2018 ahli boleh menyelesaikan baki pinjaman pendidikan menggunakan simpanan dari Akaun 2 di bawah skim Pengeluaran Pendidikan tanpa terhad kepada tarikh kuatkuasa perjanjian pinjaman pendidikan masing-masing.