Semasa berlakunya pandemik Covid-19, seluruh rakyat terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sehinggakan ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan sebagainya. Kelompok rakyat yang paling terkesan adalah golongan B40. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai skim bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Selaras dengan itu juga, kerajaan telah meluluskan permohonan untuk menaikkan kadar bantuan bagi kategori Bantuan Kanak – Kanak Keluarga Miskin. Bantuan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan agensi yang bertanggungjawab memberi bantuan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih sempurna.
Semasa pembentangan Bajet 2021, mulai tahun 2021 semua kadar bantuan JKM dinaikkan termasuklah Bantuan Kanak-Kanak JKM iaitu seperti berikut :
Kadar Bantuan Kanak – Kanak JKM 2022
- Setiap kanak – kanak akan menerima minima RM 150 seorang secara bulanan bagi yang berumur 7 hingga 18 tahun (kadar lama RM 100 setiap anak)
- Bagi kanak – kanak berumur 6 tahun dan ke bawah pula akan menerima sebanyak RM 200 sebulan untuk seorang
- Setiap keluarga layak menerima bantuan tersebut sehingga maksima RM 1,000 sahaja (kadar lama maksima RM 450 sahaja bagi anak melebihi 4 orang)
Syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
- Penjaga / keluarga kanak – kanak mestilah berpendapatan yang tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; atau
- Kanak – kanak mestilah berumur 18 tahun dan ke bawah
- Bagi yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan sekiranya masih bersekolah sehingga tamat menengah atas
- Sebarang kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan serta mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)
Permohonan bantuan boleh dibuat secara dalam talian atau pun secara manual. Bagi yang ingin membuat permohonan secara dalam talian, pemohon boleh melayari laman web rasmi di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my. Pemohon yang ingin membuat permohonan secara manual perlu berkunjung ke cawangan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri / Daerah di seluruh negara yang berhampiran.
Maklumat Lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui pejabat JKM Negeri atau dari ibu pejabat JKM di alamat berikut :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No. 55, Persiaran Perdana
Presint 4
62100 Putrajaya
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8323 2045