Inisiatif #GraduanKerja

Pada perbentangan Bajet 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan akan melancarkan skim #MalaysiaKerja ataupun Malaysia@work di antara skim yang dilancarkan adalah Skim Inisiatif Graduan Kerja. Sejumlah RM 6.5 billion akan digunakan untuk seluruh skim #Malaysiakerja bagi membantu mengurangkan kadar penganguran di seluruh Malaysia.

#GraduanKerja Graduates@Work

Oleh kerana kadar penganguran yang tinggi di kalangan graduan tempatan, Skim #Graduankerja ataupun Graduates@Wrok telah dilancarkan untuk tahun 2020 bagi mengurangkan penganguran di kalagan graduan. Skim ini ditujukan kepada graduan yang mengangur lebih 12 bulan. Dengan skim #GraduanKerja, graduan yang mendapat pekerjaan akan menerima bantuan sejumlah RM500 sebulan selama 2 tahun. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM 6,000 dalam dua tahun. Majikan yang mengambil graduan tersebut juga akan mendapat insentif sejumlah RM 300 sebulan selama dua tahun.

Skim #Graduankerja dijangka akan mengwujudkan lebih banyak perluang pekerjaan bagi graduan tempatan. Graduan akan mengambil inisiatif untuk mendapat perkerjaan dan majikan pula akan lebih cenderung untuk mengambil graduan untuk bekerja.

Kelayakan

  • Mengangur lebih satu tahun
  • RM 500 insentif selama 24 bulan untuk Graduan
  • RM 300 insentif selama 24 bulan untuk Majikan

Setiap tahun lebih 200,000 graduan dihasilkan di Malaysia dimana hanya 1/4 dari mereka akan mendapat pekerjaan selepas 6 bulan tamat belajar.  60% pengangur graduan adalah berumur kurang dari 24 tahun. Mengikut data dari Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat seramai 517,000 pengangur di Malaysia dimana 174,327 adalah siswazah.

Antara sebab pengangguran yang tinggi di kalangan siswazah adalah permintaan gaji yang tidak munasabah. Lebih kurang 30% graduan meminta gaji RM6,500 sebulan.  64% dari graduan tidak mahir berbahasa Inggeris dan mereka mempunyai tahap komunikasi yang kurang baik.  Graduan juga memilih kerja malah kurang kemahiran

Diantara pengangguran tinggi adalah mereka dari bidang sastera, sains social , sains, teknologi maklumat, dan bidang teknikal. Lebih 30 peratus graduan memiliki iziazah pertama, 22.5% memiliki diploma, 15.2% memiliki Sarjana dan 11.8% adalah doktor falsafah.

Kadar pengangguran adalah lebih tinggi di kalangan graduan dari IPTA dan mereka dari keluarga B40. Graduan dari keluarga yang berpendapatan RM 3,000 kebawah mencatatkan 30.9% kadar pengangguran manakala Graduan dari keluarga yang berpendapatan dari RM 3,000 ke RM 5,000 sebulan mencatatkan 18.6% kadar pengangguran.