Inisiatif Belia Berniaga: Cara Mohon Bantuan Modal RM15,000

Golongan belia di negara ini boleh mendapatkan insentif perniagaan dari Majlis Belia Malaysia (MBM) sehingga RM 15,000 sebagai modal permulaan. Majlis Belia Malaysia bertanggungjawab menyelaras pertubuhan pelajar dan belia di negara ini. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1950 tatkala Perlembagaan MBM telah diterima oleh F.C Arulanandum di mana beliau juga telah dilantik menjadi Presiden MBM yang pertama. Malah, MBM juga turut didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Penubuhan MBM ini untuk menyemai, memupuk perasan dan semangat bekerja yang penuh dedikasi demi kepentingan belia, masyarakat dan jua negara. Melaluinya ia dapat menggalakkan semangat di kalangan belia agar seimbang dalam bidang ekonomi, mental, fizikal, sosial, akhlak serta politik. Malah, masyarakat dapat berfikir dengan lebih matang, proaktif serta lebih bertanggungjawab terhadap diri dan negara.

Bagi membantu golongan belia mengukuhkan ekonomi serta menambah pendapatan, MBM melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawan MBM (MFREN) telah menawarkan modal perniagaan kepada golongan belia yang layak. Inisiatif Belia Berniaga telah ditawarkan modal sehingga RM 15,000 yang akan dibantu melalui agensi berkaitan.

Senarai Inisiatif Belia Berniaga 

Berikut merupakan senarai Inisiatif Belia Berniaga yang ditawarkan :

  • Belia Berniaga Stokis: Modal RM 3,000
  • Belia Berniaga Payung / Gerai: Modal RM 3,000
  • Belia Berniaga Motosikal Roda 3: Modal RM 10,000
  • Belia Berniaga Food Truck: Modal RM 15,000
  • Belia Berniaga Minuman Extra Joss: Modal RM 1,500
  • The Carpedia
  • Kursus Asas Keusahawanan INSKEN: Yuran RM 50
  • Gogopasar: GogoAgent, GogoAgent, Gogopreneur

Syarat dan Kriteria Kelayakan 

  • Terbuka kepada semua golongan belia di Malaysia
  • Bantuan modal diberikan melalui agensi berkaitan tertakluk kepada terma dan syarat

Cara Membuat Permohonan

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi daripada sekretariat MBM iaitu :

  • Pengerusi MFREN, Syed Osman Mohamed di talian 016-381 3448
  • Sekretariat MBM, Saiful Bahari di talian 013-398 5857

Atau layari laman web rasmi di http://belia.org.my/ atau laman Facebook Majlis Belia Malaysia