I-Citra KWSP

Bayaran i-Citra akan dibuat secara beperingkat bermula 1 November 2021

Panduan permohonan i-Citra KWSP

Permohonan dibuka 12 Julai hingga 30 September 2021

  1. Layari laman rasmi iCitra, Pilih Permohonan baru

 

2. Masukkan No Kad pengenalan dan No telefon yang didaftar

 

3. Sahkan Nombor OTP

 

4. Setelah berjaya masuk. Pilih amaun pengeluaran

 

5. Jadual Bayaran i-Citra akan dipamerkan

 

6. Pastikan semua maklumat adalah tepat, skroll ke bahagian bawah, jawap soalan KWSP

 

 

7. Buat pengesahan

 

 

8.Baca Terma & Syarat

 

 

 

Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana – mana individu semasa negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang mula melanda sejak Mac 2020. Pelbagai bantuan telah disalurkan, malah pelbagai program turut dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak. Antara program yang telah dilaksanakan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah program i-Lestari dan i-Sinar. Kedua – dua program ini membenarkan ahli KWSP membuat pengeluaran dari wang simpanan masing – masing dengan syarat yang ditetapkan.

Memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir sehingga hari ni, kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan kesinambungan program bersama KWSP iaitu program i-Citra. Ini berikutan pelaksanaan program i-Lestari dan i-Sinar dilihat telah memberi impak yang positif di kalangan ahli KWSP yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Menerusi i-Citra, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sebanyak RM 1,000 sebulan dengan maksima sebanyak RM 5,000 bagi tempoh lima bulan. Kemudahan pengeluaran ini akan memberi manfaat kepada 12.6 juta ahli KWSP dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 30 bilion.

Ahli yang terkesan dengan pandemik Covid-19 boleh membuat permohonan mulai 15 Julai 2021 melalui laman web icitra.kwsp.gov.my. Pembayaran pertama akan dibuat mulai bulan Ogos 2021 dan ianya tertakluk kepada jumlah simpanan terkini KWSP ahli. Walau pun caruman KWSP ini sebenarnya untuk masa hadapan di hari tua, namun program i-Citra ini antara penyelesaian yang boleh diambil oleh ahli KWSP bagi meneruskan kehidupan. Adalah sebaiknya hanya ahli KWSP yang benar – benar terdesak serta memerlukan sumber kewangan sahaja yang seharusnya membuat permohonan. Jika tiada keperluan untuk membuat pengeluaran, sebaiknya ahli tidak membuat permohonan i-Citra ini.

Pengeluaran wang simpanan melalui i-Citra ini diharap dapat membantu pengaliran tunai rakyat dalam menghadapi cabaran sepanjang pandemik Covid-19 ini serta dapat meringankan bebanan kewangan ahli KWSP yang terjejas.