Seramai sembilan (9) juta penerima yang layak akan menerima Bantuan Tunai Rakyat (BTR) sepertima mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 yang lalu. Bantuan kewangan ini adalah seperti bantuan kewangan lain yang pernah diberikan oleh pihak kerajaan terdahulu yang juga dikenali dengan nama Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Dianggarkan negara memperuntukkan sebanyak RM 2 bilion bagi menyalurkan bantuan ini dan dijangka akan disalurkan pada bulan Januari 2023 bagi Fasa 1. Pembayaran ini pada awalnya dijadualkan pada bulan Mac, namun telah diawalkan pada Januari dan tarikh sebenar pembayaran belum diumumkan. Ianya juga akan dibayar dalam beberapa fasa mengikut kategori penerima.
Bantuan Tunai Rakyat ini bertujuan membantu rakyat yang dalam kesusahan di mana ianya dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat serta dapat memenuhi keperluan hidup rakyat Malaysia. Pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat dengan lebih baik dan dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. BTR 2023 ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi menjamin kemakmuran perpaduan rakyat negara ini.
Kategori Penerima BTR
Terdapat beberapa kategori penerima BTR iaitu seperti berikut:
- Pendapatan Isi Rumah: Kurang daripada RM2,500 sebulan
- Jika anak 5 orang atau lebih, BTR sebanyak RM 2,500
- Jika anak 1 hingga 4 orang, BTR sebanyak RM 1,000 – RM 2,000
- Pendapatan Isi Rumah: RM2,500 – RM5,000
- Jika anak 1 hingga 4 orang, BTR sebanyak RM 500 – RM 1,250
- Warga Emas Tiada Pasangan
- BTR sebanyak RM 600 dan bergantung pada pendapatan
- Bujang
- BTR sebanyak RM 350 dan bergantung pada pendapatan
- Bantuan Tambahan Untuk Ibu / Bapa Tunggal
- BTR tambahan sebanyak RM 500
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut :
1. Permohonan Isi Rumah
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga, bekerja di Malaysia dan berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM 5,000
- Pasangan pemohon merupakan warganegara Malaysia / memiliki kad pengenalan Malaysia
- Anak pemohon merupakan anak kandung / anak angkat sah taraf yang berdaftar dibawah JPN
- Anak pemohon memiliki kad pengenalan atau MyKid
- Anak pemohon merupakan individu yang masih belajar dan tidak bekerja
2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Individu yang bekerja di Malaysia, berumur 60 tahun dan keatas serta berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM5000
3. Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
- Individu yang bekerja di Malaysia, berumur 21 hingga 59 tahun, sekiranya OKU mestilah berumur 19 hingga 59 tahun dan berpendapatan kasar bulanan kurang daripada RM 2500
Cara Permohonan
Permohonan baru belum dibuka untuk orang ramai. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan akan menggunakan data penerima bantuan sebelum ini yang diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri. Penerima bantuan sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru bagi menerima bantuan ini. Maklumat permohonan baru juga akan dimaklumkan di laman web LHDN dari masa ke semasa.
Tarikh Bayaran
Tarikh khusus pembayaran belum diumumkan dan masih dalam perbincangan di Dewan Rakyat, walau bagaimana pun ia akan dibayar pada bulan Januari 2023 bagi Fasa 1.