Kerajaan telah memperkenalkan Elaun Sara Hidup kepada golongan nelayan sejak tahun 2006 dalam usaha meringankan beban mereka dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga barang. Pihak kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksanakan pembayaran elaun sara hidup nelayan kepada 46,445 nelayan di seluruh negara. Perkara ini dipertimbangkan kerana kebiasaannya pendapatan bulanan nelayan agak kecil, justeru dengan adanya elaun sara hidup nelayan ini, golongan tersebut dapat memenuhi keperluan harian sekeluarga.
Pada perbentangan Bajet 2020, Elaun Sara Hidup Nelaya telah dinaikkan dari RM50 kepada RM 250 sebulan
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima dan kaedah pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan:
Penerima Elaun Sara Hidup Nelayan
- a) Pemilik vesel perikanan atau lesen menangkap ikan yang didaftarkan atas nama individu
- b) Pekerja atas vesel perikanan berlesen dan bertaraf warganegara Malaysia
Syarat Kelayakan dan Kategori Nelayan dan Pengusaha
- b) Pemilik individu vesel perikanan;
- c) Memiliki lesen vesel dan perkakasan sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Negeri Sabah atau Lembaga Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah bagi pemilik individu; dan
- d) Memiliki Kad e-Nelayan.
Syarat Kelayakan Pekerja
- a) Pekerja atas vesel perikanan warganegara Malaysia
- b) Memiliki Mykad(Biru)
- c) Memiliki Kad Nelayan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia
- d) Didaftarkan sebagai pekerja vesel oleh pemilik vesel individu dan syarikat.
Sekatan Kelayakan Elaun Sara Hidup
- a) Pemegang lesen vesel perikanan yang didaftarkan atas nama syarikat dan pekerja vesel perikanan rakyat asing yang bekerja di atas vesel perikanan berdaftar.
- b) Pemegang lesen individu yang mempunyai pekerjaan tetap lain atau tidak mengusahakan sendiri vesel berkenaan tanpa alasan yang manusabah.
- c) Pekerja berumur di bawah 18 tahun.
Had Kelayakan Bilangan Pemilik dan Pekerja Vesel
- a) Tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel perikanan.
- b) Sekiranya bilangan pekerja kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran elaun adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja atas bot.
- c) Pemilik vesel individu hanya layak menerima satu sahaja elaun bulanan walaupun memegang lebih dari satu lesen vesel perikanan atau perkakasan.
Pendaftaran Pemilik dan Pekerja
Pendaftaran dengan LKIM menggunakan borang pendaftaran yang ditetapkan dan sah dalam tempoh satu tahun dengan menyertakan salinan dokumen berikut :
- a) Salinan Mykad pemilik vesel dan pekerja
- b) Salinan lesen vesel dan perkakasan yang masih sah berkuatkuasa
- c) Borang daftar pekerja vesel yang disahkan oleh pemilik
- d) Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja vesel yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan masih sah berkuatkuasa
- e) Salinan buku akaun simpanan
- f) Gambar pemohon
- g) Lain-lain dokumen sokongan
Kaedah Pembayaran Elaun sara Hidup
Pembayaran kepada nelayan yang layak adalah melalui akaun bank masing-masing:
- a) Agrobank
- b) CIMB
- c) Malayan Banking Berhad
- d) Bank Simpanan Nasional
- e) Tunai
Nelayan yang memenuhi syarat seperti diatas adalah layak untuk menerima Elaun Sara Hidup. Walau bagaimanapun, LKIM melalui Jawatankuasa Taskforce Negeri akan menyiasat status pemilik bagi memastikan elaun yang diberikan adalah telus kepada mereka yang benar – benar layak. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana nelayan berdaftar dengan LKIM dan menerima elaun sara hidup bulanan daripada kerajaan, namun tidak menjalankan tugas hakiki menangkap ikan. LKIM telah menubuhkan jawatankuasa pemutihan bagi mengesahkan kesahihan kerjaya nelayan dengan kerjasama Jabatan Perikanan. Kerajaan juga memberi jaminan bahawa akan terus menyalurkan bantuan elaun tersebut kepada para nelayan yang aktif menjalankan aktiviti tangkapan hasil laut.
Elaun tersebut pada kadar asalnya adalah sebanyak RM200 seorang yang kemudiannya dinaikkan kepada RM300 setiap seorang diberikan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warga tempatan yang bekerja di atas vesel berlesen. Nelayan yang layak menerima elaun tersebut juga perlu berdaftar di dalam sistem e-nelayan dan sistem Sara Hidup. Bagi bayaran pertama, sebanyak RM100 daripada elaun telah dipotong bagi tujuan pembayaran insurans.