BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Tarikh Rasmi BKC fasa 3

BKC fasa 3 disahkan dibayar 20 Disember iaitu Isnin depan.

BKC fasa 3

Bayaran BKC fasa 3 sudah disahkan pada bulan Disember. Buat masa ini, belum ada tarikh tepat bayaran BKC fasa 3. Berdasarkan tarikh dan bayaran sebelumnya, kebanyakan bayaran dibuat pada hujung bulan. BKC fasa 3 adalah banyaran terakhir untuk BKC-19 and berakhirnya bantuan Bantuan Khas Covid-19.

Untuk BKC fasa 3, penerima adalah Miskin tegar Isi Rumah dan B40 Isi rumah sahaja. Tiada bayaran untuk kategori Bujang dan Warga Emas

Barapa Jumlah Bayaran BKC fasa 3 ?

Berdasarkan sumber rasmi BKC/ LHDNM

Isi rumah Miskin Tegar – RM 300

Isi rumah B40 – 300

 

BKC fasa 2

Tarikh pembayaran BKC fasa 2. BKC fasa kedua sah dibayar bermula 25 November , Khamis ini. Pembayaran BKC fasa 2 hanya untuk kategori miskin tegar sahaja

 

Pembayaran BKC

Berdasarkan infografik Bernama

Tarikh Bayaran BKC fasa 2

Buat masa ini, pembayaran fasa 2 adalah di bulan November. Belum ada lagi maklumat sahih mengenai BKC fasa 2.

Siapakah Penerima BKC  (Bantuan Khas Covid-19) ?

  • Penerima yang sudah mendapat BPR
  • Pembayar cukai yang menghantar borang cukai bagi tahun taksiran 2020
  • Menepati syarat BKC

 

FAQ BKC

 

Pengkreditan BKC Fasa 1

Proses pengkreditan BKC Fasa 1 bermula 6 September dan dijangka selesai 10 September 2021

Kementerian Kewangan Malaysia beri jaminan bantuan yang disalurkan akan diteruskan , termasuk BKC

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul , Kementerian Kewangan Malaysia memberi jaminan semua bantuan yang disalurkan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan , ini adalah termasuk Bantuan Khas Covid-19

Bayaran Ogos BKC

Rasmi : Tarikh bayaran Fasa 1 akan diumumkan dari semasa ke semasa

Status BKC dijangka diumumkan, hanya selepas Kabinet Baru di umumkan dan Menteri Kewangan telah dilantik.

Kelayakan

Kelayakan Bantuan Khas Covid-19 adalah secara automatik berdasarkan data dari BPR 2021 dan LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri)

Kaedah Bayaran

Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Ogos, November dan Disember. Bayaran adalah berdasarkan maklumat dari Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Miskin Tegar dan B40

Untuk golongan miskin tegar dan B40 , bayaran adalah berdasarkan permohonan BPR 2021

M40

Bayaran perdasarkar rekod pembayaran LHDN

 

 

Soalan Lazim BKC

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa lagi bantuan khas untuk rakyat Malaysia semasa pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan sebanyak RM 4.6 bilion. Antara bantuan yang diumumkan adalah Bantuan Khas Covid – 19 (BKC). Bantuan ini akan dinikmati oleh 11 juta isi rumah, individu bujang serta warga emas dan akan disalurkan mulai Ogos 2021.

Bagi isi rumah kategori miskin tegar, mereka akan menerima bantuan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Ogos, November dan Disember dengan kadar bantuan sebanyak RM 500 (Ogos dan November) dan RM 300 (Disember). Bagi kategori isi rumah B40 pula akan menerima bantuan sebanyak RM 500 pada bulan Ogos dan RM 300 pada bulan Disember. Isi rumah M40 pula akan turut menerima bantuan iaitu sebanyak RM 250 pada bulan Ogos.

Bantuan juga akan diberikan kepada individu bujang kategori miskin tegar iaitu sebanyak RM 200 akan dibayar pada bulan Ogos dan sebanyak RM 300 pula akan dibayar pada bulan November. Individu bujang kategori B40 pula akan menerima sebanyak RM 200, manakala kategori bujang M40 pula akan menerima RM 100 pada bulan Ogos nanti. 

Dengan adanya Bantuan Khas Covid-19 ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia bagi meneruskan kehidupan semasa pandemik Covid-19 yang masih belum pulih ini.