Elaun Hingga RM 1000 Sebulan dengan My Future Agro

Kerajaan hari ini telah memperkenalkan Progam Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agro Makanan di My future Agro. Program yang diperkenalkan ini adalah sebagai salah satu insentif memudahkan mobiliti tenaga kerja dalam bidang pertanian kepada syarikat perintis. Ia bertujuan melatih serta mengajar tenaga kerja dalam bidang pertanian dan agro makanan disamping memberi peluang pekerjaan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemic Covid-19 yang melanda. Individu yang berjaya diterima dalam program ini akan mendapat latihan serta kemahiran sewajarnya dalam bidang agro makanan dalam tempoh 6 bulan dan dibayar elaun bulanan antara RM 800 hingga RM 1000.

Syarat Permohonan My Future Agro

Terdapat dua kategori permohonan iaitu permohonan individu dan permohonan syarikat. Setiap permohonan perlu memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

 

1) Permohonan Individu

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada individu berumur 18 hingga 55 tahun (lepasan sekolah, graduan menganggur dan individu yang diberhentikan kerja)
  • Tiada kelayakan akademik minima
  • Berminat dalam bidang pertanian agro makanan

 

2) Permohonan Syarikat

  • Syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau sebarang pertubuhan sebelum 10 Ogos 2020
  • Bidang perniagaan mestilah yang berkaitan dengan sector agro makanan

 

Tempoh Latihan Kerja My Future Agro

Peserta yang berjaya dipilih perlu menjalani On Job Training di syarikat sektor agro makanan selama 1 hingga 6 bulan.

 

Elaun Peserta My Future Agro

Terdapat dua jenis elaun untuk peserta My Future Agro iaitu Elaun Mobiliti dan Elaun Penggajian Melalui Syarikat.

 

1) Elaun Mobiliti

  • Elaun ini diberikan secara one-off kepada peserta
  • Untuk peserta yang terpaksa berpindah dari lokasi mastautin dengan jarak melebihi 100km sehala sebanyak RM 600 akan diberikan
  • Untuk peserta yang terpaksa berpindah ke Sabah / Sarawak / Semenanjung sebanyak RM 1000 akan diberikan
  • Pembayaran akan dibuat setelah syarikat berjaya membuat pemilihan pelatih dan saringan kelayakan selesai

2) Elaun Penggajian Melalui Syarikat

  • Berumur 40 tahun dan ke bawah akan diberikan sebanyak RM 800 sebulan
  • Berumur 40 tahun dan ke atas atau OKU akan diberikan sebanyak RM 1,000 sebulan
  • Setiap pembayaran akan dibuat setelah pihak syarikat membuat pelaporan kepada pihak urusetia

 

Cara Membuat Permohonan

  • Permohonan dibuka mulai 10 Ogos 2020
  • Klik pautan borang di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf9wAiPUp3rny_bcBzcvVzELlJkBHtg0LqjdTMb7NYJAAcoYg/formResponse dan tekan butang NEXT
  • Isi borang permohonan dengan maklumat lengkap 
  • Muat naik resume dalam format pdf
  • Pastikan anda klik pada kotak “SAYA SETUJU DENGAN PENEMPATAN LATIHAN KERJA (ON JOB TRAINING) YANG AKAN DI TETAPKAN OLEH PIHAK TUAN”
  • Klik butang Submit untuk menghantar borang permohonan
  • Proses pemadanan akan dibuat selepas permohonan lengkap diterima
  • Satu emel notifikasi akan dihantar setelah selesai proses pemadanan


Maklumat Lanjut 

Sekiranya pemohon memerlukan maklumat lanjut berkaitan My Future Agro, pihak urusetia boleh dihubungi melalui talian telefon 03 – 8870 1802 / 1695 / 1692 atau melalui emel [email protected].