Keadah subsidi petrol yang digunakan adalah tidak cekap dimana semua golongan akan mendapat subsidi minyak. Golongan yang lebih banyak mengunakan kereta akan mendapat subisi yang lebih banyak. Oleh itu kerajaan telah membuat satu program baru dimana hanya golongan yang layak akan mendapat subsidi minyak.
Untuk tahun 2020, harga untuk minyak Ron 95 akan diapungkan dah bergantung kepada pasaran minyak dunia. Oleh itu Program Subisidi Petrol (PSP) telah diwujudkan bagi mengsasarkan bantuan petrol hanya kepada golongan yang layak untuk mendapat subsidi petrol.
Program Subsidi Petrol
- RM 30 sebulan untuk penerima yang mengunakan kereta
- RM 12 sebulan untuk penerima yang mengunakan motosikal
Bayaran akan dibuat setiap 4 bulan sekaligus dimana mereka yang layak akan mendapat RM 120 untuk pemilik kereta dan RM 48 untuk pemilik motosikal. Bayaran pertama diangarkan akan bermula April 2020. Hanya satu bantuan tertinggi akan diberikan kepada mereka yang layak. Contohnya, penerima hanya akan mendapat RM30 sebulan jika dia memiliki sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Bayaran dibuat berdasarkan infomasi bank yang terdapat di data Bantuan Sara Hidup (BSH) dimana wang akan dikreditkan terus kepada akaun bank penerima.
Kelayakan dan Syarat PSP
PSP adalah diasasarkan kepada golongan B40. Berikut adalah syarat dan kelayakan PSP. Pangkalan data dari BSH dan JPJ akan digunakan untuk menyemak kelayakan PSP
- Semenanjung Malaysia sahaja ( Harga Ron 95 di Sabah,Sarawak, Labuan dikekalkan pada RM 2.08 )
- Nama penerima perlulah wujud dan lulus di dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Pendapatan isi rumah adalah RM 4,000 ke bawah
- Kereta yang dimiliki mesti 1600cc ke bawah ataupun berumur lebih 10 tahun untuk 1600cc ke atas
- Motor yang dimiliki mesti 150cc kebawah ataupun berumur lebih 10 tahun untuk 150cc ke atas
- Golongan OKU akan mendapat subsidi PSP
- Pemilikan kenderaan maksima adalah dua buah kereta dan dua buah motosikal. Contoh di bawah
Semak Kelayakan
Harga minyak Ron 95 akan terapung bergantung kepada pasaran minyak antarabangsa. Harga akan di kemaskini setiap minggu pada hari Jumaat seperti Ron 97 bermula 1 Januari, 2020. Dengan perlaksanaan PSP , kerajaan akan menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM 65 juta sebulan dimana beban fiskal negara akan dikurangkan . Diangarkan 2.9 orang akan mendapat manfaat dari perlaksanaan PSP.