Pastinya ramai terkesan dengan wabak Covid19 yang melanda di seluruh dunia saat ini dan Malaysia juga tidak terkecuali. Sebagai langkah menangani masalah wabak ini, seluruh dunia telah melaksanakan lockdown dan Malaysia jug telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020. Di Malaysia, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan kebanyakan premis dan industri terpaksa berhenti beroperasi buat sementara waktu. Semua pekerja tidak dibenarkan bekerja seperti biasa melainkan yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan dan juga yang melibatkan essential services sahaja. Beberapa sektor lain turut menyarankan agar kakitangan mereka bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP.
Walau bagaimana pun, bagi sesetengah organisasi / syarikat yang tidak mampu lagi menanggung kos akibat ekonomi merudum, ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Ini telah menyebabkan ramai yang mula kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Namun, pihak kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat agar tidak dibebani dengan masalah ekonomi dalam kehidupan. Justeru, Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperkenalkan dan melancarkan sebuah portal buat orang ramai yang kehilangan pekerjaan yang dikenali sebagai MYFutureJobs. Portal ini merupakan susulan program PenjanaKerjaya yang melancarkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang bertujuan membantu penganggur mendapatkan pekerjaan mengikut padanan yang bersesuaian serta meningkatkan peluang pekerjaan. Program ini akan bermula pada 15 Jun 2020 dan merupakan program yang dilaksanakan di bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Rakyat Malaysia yang sedang menganggur termasuklah pelajar lepasan sekolah dan graduan boleh mendaftar di portal MYFutureJobs ini. Sekiranya pemohon mempunyai masalah untuk mengakses portal tersebut, pemohon boleh datang ke cawangan pejabat PERKESO yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat bantuan dan kaunseling kerjaya.
Cara Membuat Pendaftaran Bagi Pekerja
- Layari portal rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my
- Klik butang Job Seeker Sign In yang berada di bahagian kanan skrin
- Klik butang Register pada paparan seterusnya
- Masukkan alamat emel dan kata laluan
- Klik butang Register
- Tandakan pada butang Terma dan Syarat, anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik
- Lengkapkan Profil anda dengan maklumat yang berkaitan
Cara Log Masuk Portal MYFutureJobs
Berikut merupakan cara untuk log masuk ke MYFutureJobs :
- Layari portal rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my
- Klik butang Job Seeker Sign In yang berada di bahagian kanan skrin
- Log masuk ke akaun anda menggunakan emel dan kata laluan yang sah
- Anda boleh mula menyemak senarai pekerjaan yang ditawarkan di halaman Match Jobs atau menggunakan padanan kerja yang bersesuaian dengan profil bidang kerjaya dan lokasi yang dikehendaki
Cara Membuat Pendaftaran Bagi Majikan
- Layari portal rasmi MYFutureJobs di www.myfuturejobs.gov.my
- Klik butang Employer Sign In yang berada di bahagian kanan skrin
- Klik butang Register Here dan lengkapkan maklumat syarikat
- Klik butang Send For Approval
- Akaun syarikat akan disahkan oleh MYFutureJobs dan satu notifikasi makluman akan diterima oleh syarikat
Kelebihan Program
- Setiap majikan yang berdaftar dengan MYFutureJobs akan mendapat insentif bulanan sebanyak RM 600 selama 6 bulan untuk perantis, RM 800 untuk pekerja berumur 40 tahun ke bawah dan RM 1000 untuk OKU berumur 40 tahun ke bawah sekiranya mengambil pekerja di bawah program ini
- Insentif Elaun Latihan sebanyak RM 4000 seorang akan diberikan kepada pekerja di bawah program ini termasuk bukan pencarum PERKESO
- Bantuan Pergerakan sebanyak RM 600 bagi Semenanjung dan RM 1000 bagi Sabah dan Sarawak tdiberikan kepada pekerja secara one off
- Majikan perlu membuat pendaftaran pekerja dengan PERKESO bagi membuat caruman wajib bulanan
Tarikh Penting
- Majikan boleh mula membuat pendaftaran di portal mulai 15 Jun 2020 dan boleh mula membuat pilihan pekerja mulai 1 Julai 2020
Dengan adanya program seperti ini membolehkan lebih ramai penganggur mendapat peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman kerja. Kerajaan juga telah memperuntukkan sehingga RM 1.5 bilion bagi menjayakan program yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan membantu mereka yang tiada pekerjaan.
Maklumat Lanjut
Pemohon boleh membuat sebarang pertanyaan melalui talian telefon atau emel seperti berikut :
- Emel : [email protected]
- Nombor telefon : 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 (setiap hari Isnin hingga Ahad)