Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diperkenalkan pada tahun 2021 selaras dengan pengumumannya semasa Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan. BPR diwujudkan bagi menggantikan skim Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN). Bagi yang pernah menerima BSH atau BPN 2.0, tiada sebarang tindakan perlu dilakukan melainkan terdapat perubahan maklumat dan ianya perlu dikemaskini melalui sistem BPR. Pangkalan data BPR akan menggunakan maklumat penerima BSH dan BPN 2.0 yang telah berjaya. Sekiranya anda bukan penerima BSH atau BPN 2.0, permohonan baru boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Bagi yang telah membuat permohonan dan juga pengemaskinian maklumat, anda juga boleh membuat semakan status permohonan dengan mudah.
Cara Membuat Semakan Permohonan
Pemohon BPR yang telah mengunci masuk permohonan ke dalam sistem BPR boleh membuat semakan dengan cara berikut :
- Log masuk laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukan nombor kad pengenalan dan klik butang SEMAK
- Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah betul
- Sekiranya betul, masukkan kata laluan BPR
- Anda akan dibawa ke halaman utama
- Terdapat beberapa ikon dipaparkan, pilih dan klik pada ikon Semakan Status
- Skrin akan memaparkan nama penuh pemohon, nombor kad pengenalan dan juga status permohonan
- Klik butang Kembali untuk kembali ke halaman utama
- Klik ikon Peti Mel untuk menyemak maklumat terperinci penghantaran permohonan
- Klik pada menu Surat dan kemudian klik pada tajuk Permohonan BPR 2021
- Skrin akan memaparkan nota seperti ini, “Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BPR untuk semakan permohonan”
- Pada skrin ini juga akan dipaparkan maklumat pemohon, nombor kad pengenalan, tarikh serta masa penghantaran permohonan secara dalam talian
Semakan Status MyBPR
Anda boleh membuat semakan secara dalam talian dengan hanya log masuk ke akaun BPR menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah. Status permohonan akan dipaparkan seperti salah satu status di bawah :
- Permohonan MyBPR Diterima
Status ini akan dipaparkan sekiranya pemohon baharu sahaja mendaftar di dalam sistem BPR. Permohonan anda telah diterima dan akan diproses serta dinilai sebelum kelulusan diberikan.
- Permohonan MyBPR Dalam Proses
Permohonan anda sedang diproses dan disemak berdasarkan kelayakan yang ditetapkan dan kelulusan bergantung kepada syarat yang diberikan.
- Permohonan MyBPR Tidak Wujud
Sekiranya permohonan anda belum dihantar atau tidak lengkap, status permohonan akan memaparkan Permohonan BPR Tidak Wujud.
- Permohonan MyBPR Diluluskan
Permohonan adalah berjaya dan diluluskan. Tarikh penerimaan bayaran akan dimaklumkan dan pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank yang diberikan semasa permohonan.
- Permohonan MyBPR Gagal
Permohonan adalah tidak berjaya / gagal. Pemohon boleh menghubungi pihak LHDNM untuk mendapatkan maklumat lanjut punca atau sebab kegagalan permohonan BPR.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan berkenaan MyBPR.
Talian hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
Talian hotline BPR Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8824565/ 03-882 4566
Hasil Care Line (HCL) : 03-89111000