Budi Madani

Bayaran Budi Madani Rm200 Julai 2024 sudah mula dikreditkan

Budi Madani diwujudkan bagi membolehkan subisidi disasarkan kepada golongan yang tepat. Selain itu, ia boleh mengurangkan penyeludupan dan penyalahgunaan diesel di Malaysia. Bantuan subisidi diesel juga disasarkan kepada mereka yang bukan dari T20. Terdapat beberapa bantuan bersasar Budi Madani.

Budi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) , Fleet Card

SKDS ataupun fleet card ditujukan kepada kenderaan pengangkutan awam yang banyak mengunakan diesel. Ini termasuk Syarikat atapun pemilikan tunggal. Antara kenderaan yang layak adalah Bas sekolah, Bas express, Kereta sewa, Teksi. Lori Rigid , Lori ,Van Penghantaran makanan /minuman dan sebagainya.

Pendaftaran hendaklah dibuat oleh pemilik kenderaan ataupun wakil syarikat yang berpangkat Pewagai Eksekutif ke atas. Pendaftaran boelh dibuat di laman Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Laman SKDS mysubsidi

mysubsidi.kpdn.gov.my

 

Budi Agri Komoditi

Budi Argi disasarkan kepada golongan petani , pekebun kecil and penternak yang berdaftar. Mereka yang layak akan mendapat bantuan RM200 sebulan.

Syarat dan Kelayakan

  • Berdaftar dengan agensi yang berkenaan
  • Petani atau Penternak kecil dengan hasil jualan antara RM50,000 sehingga RM300,000

Budi individu

Bantuan Budi Madani individu merupakan bantuan subisidi diesel yang berjumlah RM 200 sebulan.  Bantuan ini adalah untuk penguna kereta diesel. Kelayakan akan disemak di pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)Hanya Warganegara Malaysia layak untuk memohon Budi Madani. Bantuan ini ditujukan kepada pemandu kereta berjenis diesel yang bukan kereta mewah.

Syarat dan Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bawah RM100,000 setahun
  • Mempunyai kereta diesel (Bukan kereta mewah)
  • Kenderaan Semenanjung Malaysia sahaja
  • Mempunyai cukai jalan yang sah

Permohonan


Permohonan Budi Madani boleh dibuat di laman rasmi. Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Penguna hanya perlu memasukkan maklumat peribadi mereka and mendaftar dengan sistem Budi Madani. Akaun bank aktif juga wajib dimasukkan ke dalam sistem Budi Madani.

Bayaran RM200 sebulan

Bayaran RM200 sebulan akan dibuat terus kepada akuan penerima Budi Argi dan Budi Individu yang layak. Untuk kategori fleet kad pula masih boleh membeli minyak pada harga subsidi.