Cara Membuat Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Mengikut pengumuman terbaru dari Menteri kewangan Tengku Zafrul, pembayaran BPN 2.0 fasa 2 akan bermula 21 Januari 2021. Orang ramai sudah boleh membuat semakan pembayaran BPN 2.0

 

Cara Membuat Semakan Status Permohonan BPN

  1. Layari laman web https://bpn.hasil.gov.my atau https://www.hasil.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan.
  2. Tekan butang Semak.
  3. Skrin akan memaparkan status permohonan BPN anda.
  4. Skrin akan memaparkan nama, nombor kad pengenalan dan status permohonan.
  5. Terdapat lima status permohonan yang akan dipaparkan iaitu seperti berikut :
  6. Permohonan diterima
  7. Lulus
  8. Tidak Lulus
  9. Tiada Rekod
  10. Tidak Layak

Status Permohonan

 

Permohonan diterima

Sekiranya status semakan adalah ‘Permohonan Diterima’, ia bermakna pihak LHDN sedang membuat semakan permohonan yang dihantar dan akan memaklumkan status permohonan setelah selesai membuat semakan. 

Pemohon perlu membuat semakan status permohonan dari masa ke semasa.

Lulus

Sekiranya status semakan adalah ‘Lulus’, jumlah keseluruhan BPN akan dipaparkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh klik butang Papar Borang untuk melihat borang BPN yang lengkap.

Tidak Lulus

Sekiranya status semakan adalah ‘Tidak Lulus’, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan mulai 3 April 2020.

Pemohon perlu Log Masuk ke akaun BPN menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

Klik borang permohonan rayuan, kemaskini maklumat dengan lengkap dan klik butang Hantar setelah selesai mengemaskini maklumat.

Tiada Rekod

Sekiranya status semakan adalah, ‘Tiada Rekod’, anda boleh membuat permohonan dengan hanya klik butang Permohonan Baru.

Lengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga selesai.

Tidak Layak

Sekiranya status semakan adalah ‘Tidak Layak’, ini bermakna pemohon tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

Cara Membuat Permohonan Baru BPN2.0

Layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di http://www.hasil.gov.my atau terus ke portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN) https://bpn.hasil.gov.my.  

Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda dash ( – ) dan tekan butang Semak.

Paparan status semakan akan dipaparkan. Sekiranya maklumat anda tiada dalam rekod, klik butang Permohonan Baru untuk membuat permohonan.

Isi maklumat peribadi pemohon dengan lengkap dan tepat. Sekiranya pemohon telah berkahwin, isi maklumat pasangan, anak dan maklumat waris. Pastikan nombor telefon, nama bank dan nombor akaun bank diisi dengan betul.

 

 

Klik butang Teruskan dan masukkan kod captcha yang terpapar dan buat pengesahan.

Sebelum klik butang Hantar, satu paparan dengan mesej ‘Setelah anda hantar, anda akan mempunyai pilihan untuk mendaftar Akaun BPN klik Ya atau Tidak untuk keluar dan cetak untuk cetakan pengesahan penerimaan permohonan’. Seterusnya klik butang Hantar untuk menghantar permohonan.

Setelah berjaya menghantar permohonan, anda akan menerima paparan mesej ‘Pemohonan telah berjaya dihantar. Adakah anda mahu mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk ?’. Pilih butang Ya jika ingin mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk.  

 

Daftar Akaun BPN

Sekiranya anda ingin mendaftar akaun BPN bagi tujuan Log Masuk, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.

  1. Klik butang Daftar Akaun untuk mendaftar ID
  2. Pemohon perlu menjawab Soalan Keselamatan berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan pada borang permohonan. Terdapat dua soalan yang perlu dijawab.
  3. Setelah berjaya menjawab dua soalan tersebut, pemohon perlu mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan memilih lima soalan Frasa Keselamatan.
  4. Kata Kunci Keselamatan mestilah terdiri dari abjad dan angka sahaja. Sebarang simbol adalah tidak dibenerkan.
  5. Kata laluan akaun juga perlu didaftarkan untuk urusan Log masuk akaun. Gunakan kata laluan yang unik demi keselematan akaun dari diceroboh.
  6. Setelah selesai pendaftaran, anda boleh mula Log Masuk ke akaun menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan.

Tempoh Membuat Semakan

Pemohon atau penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Semakan boleh dibuat 24 jam sehari, namun anda perlu memilih waktu yang sesuai untuk membuat semakan kerana pada masa ini trafik ke laman web BPN agak sesak kerana orang ramai masing – masing membuat semakan pada waktu yang sama. Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak LHDN atau Kementerian Kewangan Malaysia di talian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000. 

 

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) BPN2.0 lalu bagi membantu seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan susulan wabak Covid – 19 yang melanda di negara ini. Bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 ini antara bantuan yang tersenarai dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.