WhatsApp merupakan satu aplikasi mudah untuk menghantar mesej berbentuk teks, suara dan video. Aplikasi ini telah diperkenalkan sejak tahun 2009 lagi dan ia semakin popular saban hari biarpun tidak memiliki ciri – ciri yang banyak. Whatsapp juga membenarkan pengguna menghantar mesej serta membuat panggilan melalui komputer peribadi. Malah, pengguna boleh membuat panggilan melalui Whatsapp secara berkumpulan yang lebih efisien.
Aplikasi ini menggunakan talian telefon bimbit atau rangkaian WiFi bagi memudahkan penghantaran serta penerimaan mesej dibuat. Penggunaan aplikasi ini tidak memerlukan sebarang bayaran atau langganan bulanan. Ia hanya memerlukan sambungan rangkaian 2G, 3G, 4G, EDGE dan juga WiFi. Bagi peniaga dalam talian yang sering menggunakan media sosial sebagai salah satu medium perniagaan, penggunaan aplikasi Whatsapp adalah sangat penting. Ia menjadi pilihan para peniaga dan pelanggan sebagai alat komunikasi dua hala yang sangat mudah. Para pelanggan juga tidak perlu menyimpan nombor peniaga di telefon bimbit sebelum boleh menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp.
Bagi memudahkan pelanggan menghantar mesej kepada peniaga, pelanggan boleh mula menghantar mesej dengan hanya klik link Whatsapp yang dipaparkan di laman iklan atau media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Untuk menghasilkan link Whatsapp, pengguna boleh memilih salah satu cara berikut yang bersesuaian.
- Link dari Whatsapp Business
-
- Cara paling mudah untuk membuat link Whatsapp adalah dengan menggunakan aplikasi Whatsapp tetapi hanya boleh digunakan untuk Whatapp Business sahaja
- Buka aplikasi Whatsapp Business anda dan klik Setting
- Klik pada Business Setting dan klik Short Link
- Salin link yang tersedia dan kongsikan kepada bakal pelanggan anda
- Kod wapp
- Layari laman web https://wapp.my
- Masukkan nombor telefon di ruangan yang disediakan beserta kod negara
- Sekiranya ingin memasukkan mesej iklan dan sebagainya, anda boleh mengisi ruangan yang disediakan. Contoh : Duriancrepe
- Kemudian tekan butang Get Link. Contoh link Whatsapp yang direka adalah seperti berikut : https://wapp.my/60123456789/Duriancrepe
-
Tekan butang Copy untuk menyalin link yang tersedia dan boleh dikongsikan di laman iklan atau media sosial anda
- Kod api
-
- Buka pelayar internet anda menggunakan Internet Explorer, Google Chrome atau Mozilla Firefox
- Masukkan kekunci berikut : https://api.whatsapp.com/send?phone=<global-phone-number>
- Masukkan nombor telefon bimbit anda beserta kod negara
- Contoh seperti berikut : https://api.whatsapp.com/send?phone=60123456789
- Link Whatsapp anda telah tersedia dan boleh kongsikan di laman iklan bagi memudahkan pelanggan menghantar pesanan tanpa perlu menyimpan nombor telefon anda
- Anda juga boleh menambah mesej iklan bersama nombor telefon menggunakan kod https://api.whatsapp.com/send?phone=<global-phone-number>&text= <your-text>
- Masukkan mesej anda di ruangan <your-text>
- Contoh : https://api.whatsapp.com/send?phone=0123456789&text=Saya ingin order
- Sebaik sahaja pelanggan klik pada link tersebut, pelanggan akan dibawa ke ruang chat Whatsapp dengan mesej ‘Saya ingin order’
4. Kod wasap.my
-
Taip https://www.wasap.my di pelayar internet samada Internet Explorer, Google Chrome atau Mozilla Firefox
-
Masukkan nombor telefon beserta kod negara
-
Contoh : https:www.wasap.my/0123456789
-
Masukkan mesej selepas nombor telefon untuk menyampaikan mesej iklan kepada pelanggan
-
Contoh : https:www.wasap/012356789/chocolatesedap
-
Hanya salin link yang tersedia dan kongsikan di laman iklan anda
-
Anda juga boleh personalized url Whatsapp menggunakan wasap.my di mana nombor Whatsapp tidak kelihatan
-
Masukkan url https:manage.wasap.my dan daftarkan nama, emel dan kata laluan
-
Setelah berjaya mendaftar serta sahkan link yang diberikan, tekan butang Add link dan create link untuk meletakkan nama atau mesej yang bersesuaian
-
Link tersebut sudah boleh digunakan
- Kod wa.link
- Buka pelayar internet dan taip https://create.wa.link/
- Masukkan nombor Whatsapp anda ke ruangan yang disediakan
- Anda juga boleh memasukkan custom message di ruang yang tersedia
- Contoh: “Saya berminat dengan produk ini”
- Kemudian, tekan butang Generate my wa.link dan Whatsapp short link akan dipaparkan
- Klik pada link yang terpapar untuk memulakan perbualan
Kelebihan Menggunakan Link WhatsApp
-
Pelanggan mudah menghantar mesej kepada penjual tanpa perlu simpan nombor telefon dalam phonebook
-
Menjimatkan masa dan link Whatsapp boleh dikongsikan di laman iklan atau media sosial lain
-
Penjual boleh mengetahui siapa bakal pelanggan kerana terdapa mesej pendek dalam link tersebut
-
Tidak memerlukan sebarang coding dan sangat mudah untuk mencipta link Whatsapp
-
Boleh menambah mesej untuk makluman pelanggan di link Whatsapp
-
Link Whatsapp yang terhasil boleh disalin ke web Whatsapp atau anda boleh juga klik melalui telefon bimbit untuk membuka aplikasi
Kesimpulan
Para pelanggan lebih mudah berhubung dengan para peniaga dengan hanya klik pada link Whatsapp yang diiklan oleh para peniaga di laman sosial. Dengan cara ini, ia dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu menyimpan nombor telefon peniaga terlebih dahulu.