Cara Membuat Rayuan BPN (Bantuan Prihatin Nasional)

Bagi pemohon yang berada dalam kumpulan B40 dan M40 boleh membuat semakan status BPN mulai 1 April 2020. Permohonan baru perlu dilakukan sekiranya maklumat tiada dalam data BPN. Sekiranya anda tidak berjaya mendapat Bantuan Prihatin Nasional, anda boleh membuat permohonan rayuan secara online. Permohonan rayuan dibuka mulai 3 April 2020 dan boleh dimohon melalui laman web rasmi https://www.lhdn.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my. Rayuan ini adalah bagi pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan BPN. Oleh kerana tiada kaunter LHDNM yang dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, maka tiada sebarang rayuan secara manual. 

Pastikan anda telah membuat semakan BPN terlebih dahulu sebelum membuat rayuan. Semasa anda membuat semakan BPN, terdapat 3 status permohonan akan dipaparkan berdasarkan maklumat yang diterima oleh LHDNM. Status permohonan yang akan dipaparkan adalah seperti berikut :

  1. Lulus : Anda layak menerima BPN
  2. Tidak Lulus : Anda tidak layak menerima BPN
  3. Tiada Rekod : Anda perlu membuat permohonan baru

Sekiranya status permohonan anda Tidak Lulus, anda boleh membuat rayuan untuk mendapatkan BPN. Anda boleh membuat rayuan berdasarkan langkah berikut (bagi yang telah memiliki ID akaun pengguna BPN dan kata laluan yang sah)

  • Pastikan anda telah mendaftar akaun BPN terlebih dahulu dan telah memiliki ID dan kata laluan yang sah
  • Log masuk akaun menggunakan ID dan kata laluan yang betul
  • Klik butang Permohonan Rayuan
  • Setelah itu, skrin akan memaparkan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar ke dalam sistem
  • Anda boleh klik butang Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar

Bagi pemohon yang belum mempunyai ID akaun pengguna BPN, perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh log masuk ke akaun BPN.

  • Klik butang Daftar Akaun dan jawab Soalan Keselamatan berdasarkan maklumat yang telah anda masukkan pada borang permohonan
  • Terdapat dua soalan yang perlu anda jawab
  • Pilih 5 soalan Frasa Keselamatan yang bersesuaian setelah berjaya menjawab 2 Soalan Keselamatan
  • Daftar kata laluan akaun bagi urusan log masuk ID
  • Pastikan kata laluan yang didaftar sukar digodam
  • Selesai membuat pendaftaran ID untuk akaun pengguna BPN, klik butang log masuk
  • Log masuk akaun menggunakan ID dan kata laluan yang betul
  • Klik butang Permohonan Rayuan
  • Setelah itu, skrin akan memaparkan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar ke dalam sistem
  • Anda boleh klik butang Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan rayuan BPN ini, anda boleh hubungi pihak Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN melalui salah satu medium berikut : 

  1. Kementerian Kewangan Malaysia di talian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (mulai hari Ahad hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
  2. Melalui emel kepada [email protected] atau [email protected] (beroperasi 24 jam )
  3. Melalui Telegram – MOF PRE 2020
  4. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di talian 1-800-882-747 / 03-8911 1000 (mulai hari Ahad hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)