BANTUAN SARA HIDUP FASA 3
Demi kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada dalam golongan B40, kerajaan hari ini meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 kepada 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 1.23 bilion. Pembayaran BSH Fasa 3 ini akan dibayar mulai 28 Ogos 2019 kepada penerima yang layak. Menurut Kementerian Kewangan, bantuan ini akan dikreditkan secara terus kepada akaun bank penerima menggunakan maklumat akaun bank terdahulu yang digunakan semasa pembayaran BSH Fasa 2. Program Bantuan Sara Hidup ini adalah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik lagi. Ia juga dapat mengurangkan bebanan kos sara hidup yang sering meningkat saban hari.
Menteri Kewangan Malaysia turut menjelaskan bahawa pemberian BSH Fasa 1 dan Fasa telah Berjaya disalurkan kepada penerima pada bulan Januari dan Mei dengan peruntukan sebanyak RM 2.85 bilion. Ia termasuklah bayaran kadar tambahan yang diberikan kepada setiap orang anak tanggungan dengan bantuan RM 120 untuk seorang. Namun, bantuan ini terhad kepada jumlah maksimum 4 orang anak sahaja. Anak tanggungan tersebut mestilah berumur 18 tahun dan ke bawah serta anak orang kurang upaya (OKU) tanpa sebarang had umur ditetapkan. Bagi pembayaran BSH Fasa 3 ini, pemohon dengan pendapatan di bawah RM 2,000 akan menerima sebanyak RM 400, pendapatan antara RM 2,001 hingga RM 3,000 pula akan menerima RM 300, manakala pendapatan antara RM 3,001 hingga RM 4,000 pula akan menerima RM 100.
Semakan
Para pemohon BSH boleh menyemak secara online di laman web rasmi BSH dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon. Bagi yang tidak berjaya menerima BSH, mereka boleh membuat rayuan mulai 1 Julai hingga 15 Ogos 2019 sahaja. Portal kemaskini maklumat serta rayuan BSH akan ditutup selepas tarikh tersebut. Pemohon adalah disarankan membuat rayuan atau pengemaskinian dengan segera. Ini bagi memastikan program BSH disasarkan kepada penerima yang memenuhi syarat serta layak sahaja dapat menerima bantuan. Sebarang pertanyaan berkaitan BSH ini boleh dibuat melalui emel dengan menghantar pertanyaan ke alamat emel berikut iaitu [email protected] atau menghubungi talian bebas tol di nombor 1800882747 pada waktu pejabat sahaja.