CARA MEMBUAT RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 telah mula dibayar secara berperingkat kepada para penerima yang layak mulai 7 Mei 2021. Pemohon BPR juga boleh mula membuat semakan di dalam sistem mulai tarikh yang sama. Pada kali ini, penerima BPR fasa 2 yang berstatus lulus adalah pemohon yang telah melepasi verifikasi syarat kelayakan yang ditetapkan. Ini bermakna tidak semua penerima BPR Fasa 1 akan menerima baki bayaran BPR untuk fasa seterusnya berikutan semakan pengesahan kelayakan dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021. Anda boleh membuat permohonan rayuan mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021 sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh LHDN.

 

 

Cara Membuat Rayuan BPR

Berikut merupakan beberapa cara membuat rayuan berdasarkan contoh rayuan BPN sebelum ini.

 

Permohonan Melalui email

dengan tajuk emel PERMOHONAN RAYUAN BPR : 870201095223 (no kad pengenalan) RAYUAN BPR : 870201095223 (no kad pengenalan) bagi memudahkan pihak LHDN

  • Lampirkan bersama beberapa dokumen sokongan seperti surat pemberhentian kerja atau bukti kehilangan pendapatan oleh kerana pandemic Covid-19
  • Nantikan maklum balas dari pihak LHDN

 

Permohonan Melalui Kaunter LHDN (Janji temu online diperlukan)

  • Anda boleh datang terus  ke kaunter LHDN yang berdekatan dan mengisi borang yang berkaitan
  • Bawa bersama dokumen sokongan seperti surat rayuan, surat pemberhentian kerja dan bukti kehilangan pendapatan
  • Sepanjang berurusan di kaunter LHDN, pastikan anda mengikut SOP PKP / PKPB yang telah ditetapkan 

 

Permohonan Secara Online Bagi Fasa 2 Yang Tidak Lulus

  • Layari laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my 
  • Log masuk akaun menggunakan nombor kad pengenalan pemohon
  • Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda dan ianya adalah betul 
  • Tekan butang Ya
  • Masukkan kata laluan 
  • Klik butang Log Masuk
  • Klik butang Semakan Status 
  • Status permohonan akan dipaparkan 
  • Terdapat empat (5) status permohonan akan dipaparkan iaitu :
  1. Lulus
  2. Tidak Lulus
  3. Tiada Rekod
  4. Tidak Layak

 

Sila klik butang Permohonan Rayuan sekiranya status semakan anda adalah Tidak Lulus. Klik butang Papar Rayuan bagi melihat rayuan yang telah dibuat.

 

Maklumat Lanjut 

Hubungi salah satu talian berikut sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan berkenaan BPR. 

  • Hotline BPR di LHDN : 1-800-88-2747
  • Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) : 03-8882 4565 / 

03-8882 4566

  • Hasil Care Line (HCL) : 03- 89111000