Para pelanggan ASNB tidak lagi perlu lagi ke kaunter cawangan bagi membuat pengeluaran kerana kini, perkhidmatan pengeluaran ASNB boleh dibuat secara online. Malah, jualan balik unit boleh dibuat melalui aplikasi yang dimuat turun ke telefon pintar masing-masing. Pemegang unit boleh membuat pengeluaran bagi mana-mana unit ASNB kecuali ASN Equity dan juga ASN Sara 2 melalui aplikasi myASNB dan portal. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan bagi membuat pengeluaran secara online dan ianya selari dengan saranan Kerajaan agar institusi kewangan di negara ini mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Cara Keluarkan Duit ASB Online
Cara untuk membuat pengeluaran secara online adalah seperti berikut :
- Log masuk mengggunakan aplikasi myASNB atau portal rasmi MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
- Adakah ini Frasa Keselamatan anda? Untuk frasa keselamatan ini, pastikan ianya milik anda dan klik butang Ya jika tepat dan betul
- Kemudian, masukkan kata laluan yang sah
- Anda akan melihat paparan ‘Dana Anda’ setelah berjaya log masuk
- Klik pada tiga titik yang terdapat di bawah Sijil Pinjaman, pilih Pengeluaran
- Maklumat pengeluaran akan dipaparkan
- Masukkan jumlah pengeluaran yang dikehendaki serta klik pilihan sebab pengeluaran
- Tandakan pada kotak Terma & Syarat yang tertera, kemudian klik butang seterusnya
- Maklumat Akaun Bank untuk tujuan pengeluaran akan dipaparkan dan semak terlebih dahulu
- Untuk tujuan pengesahan transaksi, klik butang Minta TAC dan kod no TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
- Masukkan no kod TAC pada ruangan yang disediakan, kemudian klik butang Sahkan
- Wang akan dikreditkan dalam tempoh 1 hari bekerja ke akaun bank pelanggan
Had Pengeluaran ASB
- Pengurusan ASB telah pun menaikkan had pengeluaran sebanyak RM 2,000 sebulan bagi memudahkan pelanggan merancang pengeluaran wang simpanan yang lebih fleksibel
- Pengeluaran maksimum sebanyak RM 2,000 sebulan ini boleh dikeluarkan dari mana-mana akaun unit Amanah ASNB pelanggan
- Had minimum penjualan balik secara online hanyalah serendah RM 100
- Bagi pengeluaran di kaunter atau ejen ASNB, tiada sebarang had jualan balik ditetapkan
- Selain itu, pelanggan hanya boleh membuat transaksi pengeluaran sebanyak 3 kali Sahaja secara online
Tempoh Kredit Duit ASB
- Anda akan menerima satu notifikasi melalui SMS sekiranya permohonan pengeluaran berjaya diterima oleh ASNB dan sedang dalam proses pengkreditan
- Pengeluaran wang bagi hasil jualan balik unit Amanah ASNB akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan pada hari bekerje berikutnya
- Sekiranya wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ia mungkin disebabkan beberapa perkara berikut :
- Maklumat akaun tidak sah atau tidak tepat
- Mengunakan akaun pihak ketiga atau akaun bank yang tidak dibenarkan seperti akaun bersama atau akaun e-wallet
- Rekod peribadi di ASNB tidak sama dengan rekod akaun bank
- Akaun tidak wujud atau tidak aktif
- Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pengguna perlu memastikan bahawa maklumat akaun yang diberikan adalah tepat
- Jika pengeluaran tidak berjaya dikreditkan ke akaun bank pelanggan, penjualan unit tersebut akan dimasukkan semula ke akaun tabung unit Amanah dalam tempoh 10 hari bekerja Pelanggan yang tidak mempunyai aplikasi myASNB atau tidak boleh membuat pengeluaran secara online, boleh membuat transaksi secara fizikal dengan hadir ke kaunter cawangan berhampiran seperti Pejabat Pos atau ejen bank yang terpilih.
Maklumat Lanjut
Pelanggan yang inginkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB mulai 8.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali hari cuti umum) di talian 03 – 7730 8899. Selain itu, pelanggan juga boleh menghantar emel untuk sebarang pertanyaan di [email protected]. Bagi mendapatkan berita terkini berkenaan ASNB, pelanggan boleh mengikuti media sosial rasmi ASNB di https://www.facebook.com/ASNBmy/, https://twitter.com/ASNBmy_official atau layari laman web rasmi di https://www.asnb.com.my/
