Kerajaan Negeri Selangor akan memberi ganjaran sebanyak RM 1,000 sekali kepada anak Selangor yang berjaya memasuki institut pengajian tinggi (IPT) ataupun universiti di sector swasta ataupun awam yang diiktiraf oleh Kerajaan. Kursus yang diduduki adalah kursus ijazah sarjana muda ataupun diploma sepenuh masa.
Hadiah ini diberikan kepada anak yang dari Negeri Selangor. Jika pomohon bukan dilahirkan di Selangor, Ibu ataupun bapa pemohon mestilah kelahiran Selangor ataupun pemohon mestilah tinggal dan bersekolah di Selangor lebih daripada 11 tahun. Sesi pertama permohon di IPTA/IPTS mestilah bermula dari 2008 and pemohon mestilah masih sedang belajar di IPT tersebut. Pendapatan isi rumah mestilah tidak lebih dari RM 3,000 sebulan.
Bayaran akan dibuat terus kepada akuan bank penerima yang diisi dalam proses pemohonan.
Syarat Syarat Pemberian
- Isu rumah keluarga pemohon mesti berpedapatan RM 3,000 ke bawah
- Kemasukan the IPTA/IPTS untuk kursus degree ataupun diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Pengajian untuk sepenuh masa sahaja
- Pemohon mestilah kelahiran Selangor ataupun Ibu/Bapa kelahiran Selangor ataupun Pemohon menetap/bersekolah di selangor lebih 11 tahun
- Pemohon mestilah sedang belajar di IPT di tempoh pelajaran
Pemohonan Online
Permohonan dan semakan boleh dibuat secara online di laman sesawang yang tertera.
http://ehpipt.selangor.gov.my/hpiptv3/
Berikut dalam informasi dan maklumat yang diperlukan dalam pemohonan
- Salinan Mykad Pemohon
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
- Salinan Mykad Ibu/Bapa Pemohon
- Salinan Surat Tawaran IPTA/IPTS
- Salinan slip gaji Ibu/Bapa Pemohon
- Salinan transaksi terakhir buku bank pemohon
- Nombor telefon
Borang Permohonan juga boleh didapati di sini Pemohon wajib memastikan maklumat adalah lengkap dan semua lampiran telah dikemukakan berserta pemohonan. Kegagalan boleh menjejaskan permohonan untuk hadiah pengajian
Untuk maklumat lanjut ada boleh menhubungi Urus Setia Pengajian Tinggit IPT Selangor di 03-5447385 ataupun 03-55212306