Kini terdapat pelbagai organisasi awam dan swasta yang menawarkan skim bantuan kepada pelajar pendidikan tinggi sama ada Pelajar IPTA atau Pelajar IPTS. Kemudahan yang diberikan sama ada secara biasiswa di mana pelajar tidak perlu membayar balik wang yang diberikan atau secara pinjaman di mana pelajar perlu membayar balik jumlah bantuan yang diberikan tersebut. Bantuan pendidikan tinggi ini juga sangat diperlukan oleh pelajar kerana merangkumi yuran pengajian, kos sara hidup di IPT, pembelian buku dan alat tulis serta peperiksaan.
Apa itu BPPT
Bantuan yang diberikan kepada pelajar pendidikan tinggi adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah. Salain itu, bantuan yang diberikan dapat memberikan sokongan dan dorongan kepada pelajar bagi meneruskan pencapaian keputusan akademik yang cemerlang. Terdapat juga pelajar yang sedang dalam pengajian tetapi mempunyai masalah yuran tertunggak, tidak mendapat biasiswa atau teraniaya. Kategori pelajar seperti ini layak memohon biasiswa atau pinjaman bagi meneruskan pengajian.
Terdapat juga biasiswa yang khusus ditawarkan oleh organisasi bidang professional tertentu kepada pelajar yang mengikuti pengajian di dalam bidang kemahiran dan teknikal. Bantuan ini diberikan kerana bidang – bidang tersebut menyumbang kepada keperluan tenaga mahir serta memastikan pelajar berada di aliran yang betul di mana akan bekerja di bidang tersebut setelah tamat pengajian kelak.
Biasiswa yang diberikan juga memberi peluang kedua kepada pelajar khususnya Bumiputera yang tercicir untuk meneruskan pengajian. Hal ini bagi memastikan pelajar tersebut dapat membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga, taraf pendidikan, serta meningkatkan jati diri dan nasionalisme.
Berikut merupakan senarai maklumat ringkas organisasi yang menawarkan sumber biasiswa, bantuan kewangan bagi pelajar yang menyambung pendidikan di IPT yang berminat untuk memohon:
Nama Organisasi | Jenis Bantuan/ Skim | Pautan Link |
Yayasan Pelajaran Mara |
|
http://www.ypm.org.my/ |
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) | MyBrainSC | https://www.mohe.gov.my/penajaan/ijazah-pertama/mybrainsc |
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) |
KADS1M DEBIT | https://bppt.bankrakyat.com.my/ |
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Program Biasiswa JPA PIDN dan PDDN | http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=464&lang=ms |
Jabatan Zakat Selangor | Bantuan Umum Pelajaran
Bantuan Tiket Pergi Balik |
http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/permohonan-bantuan-pendidikan/ |
Bank Rakyat | Yayasan Bank Rakyat | www.yayasanbankrakyat.com.my |
Yayasan Pahang | Geran 1.0, Geran 2.0 & Geran 3.0 | www.yp.org.my |
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) | Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah | http://ytn.tnb.com.my/sam/ |
Genting Malaysia | Anugerah Biasiswa Genting Malaysia GENM | https://www.rwgenting.com/careers/programmes/genting-malaysia-scholarship/introduction/ |
Bank Negara Malaysia | Anugerah Biasiswa Bank Negara (Ijazah Sarjana Muda) | https://www.biasiswa.info/blog/biasiswa-bank-negara-malaysia/ |
Maybank | Anugerah & Biasiswa Tajaan Yayasan Maybank | http://www.maybank.com/scholarship |
Yayasan Khazanah |
|
https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship/khazanah-watan-scholarship-programme
https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship/khazanah-oxford-centre-for-islamic-studies-merdeka-scholarship-programme |
Yayasan Wilayah Persekutuan | Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (Pengajian Tinggi) | http://www.yayasanwp.org/ |
Sime Darby | Program Biasiswa ra-Universiti Yayasan Sime Darby (YSD) | http://www.yayasansimedarby.com/ |
PETRONAS / UTP | Biasiswa PETRONAS | http://www.petronas.com.my |
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Anugerah Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) | https://www.sc.com.my/anugerah-biasiswa/ |
SHELL Malaysia | Anugerah Biasiswa Prasiswazah Tempatan Shell Malaysia | http://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html |
Akademi Laut Malaysia (ALAM) | Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia | http://www.alam.edu.my/user-experience/sponsors/ |
Selain organisasi atau institusi yang dinyatakan di dalam jadual di atas, Kerajaan juga prihatin untuk memberikan bantuan bagi meringankan kos sara hidup pelajar IPT. YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 di mana Kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit).
KADS1M Debit merupakan inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Tujuan pengenalan kad ini adalah kerana ia mudah, selamat dan jimat. Pelajar boleh menggunakan kad tersebut urusan pembelian,
pembayaran dan pengeluaran tunai mudah melalui Akaun Simpanan-I dan merupakan alternatif terbaik kepada tunai untuk transaksi pembelian secara konvensional ataupun atas talian. Kad ini juga boleh digunakan oleh pelajar untuk menikmati pelbagai diskaun dan promosi dari rakan dagang KADS1M terpilih, Bank Rakyat dan MasterCard.
Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi ini diberikan kepada pelajar yang bertaraf warganegara Malaysia, berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT, sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengumpulan data pelajar iaitu pada 31 Disember 2016. Pelajar yang terlibat adalah sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia serta pelajar yang menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar.
Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM250 dan disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Debit (KADS1M Debit) daripada Bank Rakyat. Pelajar boleh memohon secara atas talian melalui laman web Bank Rakyat