Cara Claim PeKa B40

PeKa B40 merupakan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 dan ini adalah inisiatif kerajaan yang disalurkan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Skim ini diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang berhadapan dengan isu keperluan kesihatan serta memberi tumpuan terhadap penyakit yang tidak berjangkit (NCD). Sebanyak RM 100 juta telah diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 bagi melaksanakan PeKa B40 dan dianggarkan seramai 800,000 layak menerima skim ini. 

PeKa B40 diwujudkan berdasarkan fakta seperti berikut :

Beban Penyakit Tidak Berjangkit

Sekurang – kurangnya 47.6% golongan B40 yang berumur 40 dan ke atas menghidapi sekurang – kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang masih belum didiagnosis oleh pegawai perubatan

Kesihatan mental

Seramai 3 daripada 10 orang dewasa (kumpulan B40) didapati menghidapi masalah kesihatan mental dengan kadar 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40

Beban Kanser

Kadar penghidap kanser semakin meningkat sehingga kan 60% dikesan pada peringkat yang sudah lewat dan peluang  untuk sembuh adalah rendah

Rawatan Kanser

Pesakit yang menghidap kanser hanya akan mendapatkan rawatan di hospital setelah keadaan semakin teruk. Peluang untuk sembuh adalah rendah dan kos rawatan juga meningkat

Kos Alat Perubatan

Sebahagian kos peralatan perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit biarpun mendapat subsidi kerajaan. Antara kos yang perlu ditanggung pesakit adalah seperti implant tulang belakang, perentak jantung dan sebagainya. Ini akan membebankan pesakit yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh

Masalah Pengangkutan

Pesakit yang tinggal di kawasan pedalaman tidak dapat meneruskan rawatan kerana kos pengangkutan yang mahal dan kurang berkemampuan.

 

Bantuan yang diberikan terdiri daripada dua jenis bantuan iaitu: 

  1. Tuntutan bayaran elaun wad harian yang menjadi gantian sumber pendapatan dan terhad kepada 14 hari setiap tahun dengan kadar harian RM 50 atau bersamaan RM 700 untuk setahun (maksimum 14 hari)
  2. Bayaran secara one-off sebanyak RM 8000 yang diberikan sekaligus dalam tempoh 5 tahun (bergantung kepada dana polisi) sekiranya disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit yang disenaraikan

 

Cara Membuat Tuntutan PeKa B40

  1. Tuntutan Bayaran Elaun Wad Gantian Harian
  • Pemohon perlu mendapatkan Discharge Note / Surat Keluar Wad yang mengandungi maklumat seperti tarikh masuk dan keluar wad. Ia perlu diimbas dan dimuat naik ke dalam sistem
  • Layari laman web rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (makluman bahawa pemohon adalah layak menerima skim MySalam)
  • Setelah berjaya log masuk, tekan butang Claim > Claim Submissions > Hospitalization
  • Isi semua maklumat dan muat naik dokumen berikut :
  1. Salinan kad pengenalan pesakit (muka depan dan belakang)
  2. Surat Keluar Wad / Discharge Note
  • Tekan butang Sumbit untuk menghantar tuntutan setelah selesai mengisi semua maklumat dengan lengkap
  1. Tuntutan MySalam Bagi 36 Jenis Penyakit Kritikal
    • Layari laman web rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/public/
    • Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (makluman bahawa pemohon adalah layak menerima skim MySalam)
  • Tekan butang Download Form dan muat turun borang Critical Illnes – Doctor’s Statement Form
    • Borang tersebut mestilah diisi dengan lengkap oleh Doktor yang mengesahkan pesakit mendapat rawatan bagi salah satu penyakit yang disenaraikan
    • Setelah borang lengkap diisi, borang tersebut perlu diimbas serta dimuat naik ke dalam sistem
  • Log masuk ke dalam sistem dan tekan butang Claim > Claim Submissions > CI Claims
  • Isi semua maklumat dan muat naik dokumen berikut :
  1. Salinan kad pengenalan pesakit (muka depan dan belakang)
  2. Borang Pengesahan Doktor / Critical Illnes – Doctor’s Statement Form
  • Tekan butang Sumbit untuk menghantar tuntutan setelah selesai mengisi semua maklumat dengan lengkap

 

Maklumat Penting Tuntutan

  • Setiap bayaran tuntutan yang  berjaya akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti mana yang telah didaftarkan semasa permohonan BSH
  • Proses tuntutan bayaran akan diproses dan dikreditkan dalam tempoh antara 14 hingga 21 hari ke akaun penerima
  • Tuntutan tidak boleh dilakukan sekiranya pesakit menerima rawatan sepenuhnya di mana – mana pusat perubatan swasta
  • Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui portal rasmi MySalam atau melalui talian khidmat pelanggan di 1300-88-8938