Rumah Aspirasi Rakyat

Apa itu RAR ( Rumah Aspirasi Rakyat)  ?

Kerajaan komited untuk mencapai hasrat 1Keluarga 1Rumah dengan melaksanakan pelbagai inisiatif iaitu menambah pembinaan bilangan rumah mampu milik melalui pelbagai projek seperti Rumah Aspirasi Rakyat (RAR). Inisiatif rumah mampu milik ini dibiayai oleh Kerajaan kepada syarikat GLC dan dikendalikan oleh oleh Suruhanjaya Perumahan Nasional Berhad (SPNB). Berita baik kepada orang ramai yang mencari rumah mampu milik kerana sebanyak 3,855 unit rumah Aspirasi Rakyat yang bernilai RM744 juta akan dibina di enam buah bandar di seluruh negara. Terdapat tiga projek yang akan dibina di Kuala Krai, Kota Baharu dan Ketereh, manakala selebihnya akan dibina di Sandakan, Pekan dan Ampang.

SPNB melalui anak syarikat milik penuhnya SPNB Aspirasi Sdn Bhd (ASPIRASI) telah memeterai perjanjian dengan beberapa rakan kongsi dan pihak pemaju bagi merealisasikan pembinaan tersebut. Sehingga hari ini sebanyak 5,000 unit atau 50 hingga 70 peratus telah siap dibina dan dijangka siap tahun ini. Tujuan pembinaan RAR ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan muda berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri pada harga lebih murah dari harga pasaran.

Terdapat dua kategori rumah yang dibina iaitu rumah kos rendah dan rumah kos sederhana. Rumah kos rendah bermula dengan harga RM35 ribu bergantung kepada saiz rumah manakala rumah kos sederhana ditawarkan harga 10 hingga 15% lebih rendah daripada harga pasaran. Permohonan memiliki rumah mampu milik kos rendah adalah tertakluk kepada syarat kelayakan SUK negeri masing – masing di mana projek tersebut dibangunkan. Harga jualan rumah tersebut juga tertakluk kepada harga pasaran hartanah semasa bergantung kepada lokasi sesebuah projek. Bagi pembangunan hartanah bercampur,

Syarat Kelayakan untuk RAR

Syarat kelayakan adalah tertakluk kepada kelayakan individu dan pembiayaan kewangan untu projek perumahan tersebut. Bakal pembeli yang berminat untuk memohon RAR boleh memohon secara atas talian di laman web di atas atau datang sendiri ke pejabat tapak projek negeri yang terlibat.