Bayaran BR1M 2017 akan bermula pada 18 Februari

Perdana Menteri Najib Tun Razak Menyatakan bahawa bayaran pertama BR1M 2017 akan bermula pada 18 Februari ini. Berikut adalah kenyataan dari laman Twitter rasmi Dato Seri Najib Razak. Menurut beliau, terdapat banyak soalan dari orang ramai tentang tarikh bayaran fasa pertama BR1M di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Dato Seri Najib Razak berharap orang ramai akan mendapat manfaat dari bayaran pertama BR1M.

Untuk tahun ini BR1M kategory eKasih, IsiRumah akan dibayar dalam 3 fasa pada bulan bermula dari Februari, Jun dan Ogos.Untuk kategory RM 1,200, bayaran akan dibahagi kepada RM 400 akan dibayar dalam 3 fasa. Manakala, untuk kategory RM 900 pula, bayaran akan dibahagi kepada RM 300 dan akan dibayar dalam 3 fasa