Bantuan Prihatin Nasional

Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bertujuan untuk menolong rakyat di dalam kelemutan akibat penularan wabak Covid-19. Sebelum itu , Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan bahawa rakyat boleh mengeluarkan wang dari Akaun2 KWSP untuk enam bulan

Peruntukan lebih RM10 billion akan digunakan dibawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Antara intipati bantuan yang akan diterima adalah seperti berikutnya

RM 1,600  ( B40 )

Bantuan Rm1,600 akan disalurkan kepada golongan B40 di mana pendapatan isi rumah adalah bawah RM 4,000. Sejumlah 4 juta isi rumah akan mendapat manfaat dari bantua ini. RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan baki akan dibayar pada bulan Mei

RM 1,000 (M40)

Bantuan RM1,000 akan disalurkan kepada golongan M40. Lebih banyak golongan rakyat yang akan mendapat pertolongan dari program ini. Mereka yang layak adalah pendapatan isi rumah diantara dari RM 4,000 ke RM 8,000. RM500 akan disalurkan pada bulan April manakala baki RM500 akan dibayar bulan MEI

 

RM 800 (Bujang)

Sejumlah 3 juta penerima kategori bujang akan mendapat bantuan RM800. Golongan ini perlulah berumur dari 21 tahun ke atas dan perpendapatan RM 2,000 ke bawah. RM 500 pertama akan dibayar pada bulan April dan RM 300 akan dibayar pada bulan MEI

 

RM 500 (Bujang)

Lebih 400,000 penerima bujang akan mendapat bantuan RM500. Mereka ini perlulah berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM 2,000 hingga ke RM 4,000.  Bayaran pertama RM250 akan dibuat pada bulan April manakala baki RM250 akan dibayar pada bulan MEI 2020

 

 

Rm 200 (Pelajar IPT)

Bantuan secara on-off akan diberi kepada pelajar IPT, Awam , Swasta pada bulan Mei .

 

 

25 Juta

RM25 telah diperuntukan untuk golongan mudah terjejas menerusi NGO. Golongan ini termasuk warga emas, rumah perlindungan untuk kanak-kanak, OKU dan orang asal. Bantuan ini termasuk penjagaan kesihatan, barangan makanan dan tempat perlindungan

 

BSH

Kesemua baki BSH akan dibayar pada bulan Julai

 

Golongan Perniagaan

Golongan perniagaan juga tidak diabaikan di bawah Pakej Bantuan Prihatin Nasional. Beberapa dana akan mendapat suntikan dari kerajaan yang akan memberi pinjaman dengan kadar feadah Rendah.