BANTUAN SARA HIDUP DITERUSKAN PADA 2019

Pembayaran Bantuan Sara Hidup telah pun dibayar kepada penerima bantuan yang layak pada 15 Ogos 2018 yang merupakan fasa ketiga selepas PRU ke-. Kira – kira seramai 1.4 juta  telah menerima bantuan tersebut dengan anggaran belanja RM 1.6 billion. Berdasarkan kepada belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa di Parlimen, Bantuan Sara Hidup akan diteruskan menjelang tahun 2019. Ia mensasarkan kepada golongan isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah sahaja.

Pada kali ini, bantuan akan diberikan kepada isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan RM 2,000 sebulan dan ke bawah akan menerima Bantuan Sara Hidup sebanyak RM 1,000. Bagi yang berpendapatan bulanan RM 2,001 hingga RM 3,000 ke bawah juga akan menerima bantuan iaitu sebanyak RM 750.00. Bantuan sebanyak RM 500.00 pula akan diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM 3,001 hingga RM 4,000.

Pihak kerajaan juga memperkenalkan kadar  bantuan tambahan sebanyak RM 120.00 untuk setiap anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Ini bermaknsa, sekiranya isi rumah berpendapatan RM 2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, akan menerima bantuan sebanyak RM 1,480 secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, ia terhad kepada empat orang anak sahaja kecuali jika memiliki anak kurang upaya (OKU). Bagi kategori anak kurang upaya (OKU), kerajaan tidak menetapkan sebarang had umur kepada golongan tersebut.

Semua pemohon yang ingin terus mendapatkan Bantuan Sara Hidup perlu membuat permohonan masing – masing mengikut kategori yang telah ditetapkan. Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri akan membuat semakan data terlebih dahulu dengan pihak – pihak yang berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan data pemohon. Permohonan BSH akan terbatal sekiranya didapati pemohon cuba membuat permohonan palsu atau menyembunyikan maklumat sebenar.

Bagi pemohon yang telah gagal memohon sebelum ini, mereka juga berpeluang untuk membuat permohonan semula. Sekurang – kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun pemohon perlu mengemaskini beberapa maklumat peribadi yang penting seperti:

 

  1. Status terkini perkahwinan samada telah berkahwin, bercerai atau kematian pasangan
  2. Alamat surat menyurat yang terbaru serta alamat emel
  3. Nombor telefon rumah dan juga telefon bimbit
  4. Maklumat akaun bank
  5. Maklumat tanggungan serta pasangan
  6. Maklumat waris

 

Semua pengemaskinian data dan maklumat ini sangat penting supaya pemohon dapat menerima BSH pada masa akan datang. Maklumat peribadi boleh dikemaskini melalui laman web rasmi MYBSH yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Setiap pengemaskinian maklumat BSH perlulah dicetak sebagai rujukan masa hadapan. Anda boleh memilih salah satu cara untuk mengemaskini maklumat peribadi samada secara online ataupun secara manual iaitu melalui pengisian borang. Ini bagi mengelak berlakunya maklumat peribadi bertindan atau duplikasi maklumat.

 

Bagi pemohon yang ingin membuat pengemaskinian maklumat secara manual, anda boleh berkunjung ke mana – mana Cawangan LHDN / UTC LHDN / Pusat Khidmat Hasil yang berhampiran bagi mendapatkan borang kemaskini BSH. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar semula ke mana – mana Cawangan LHDN / UTC LHDN / Pusat Khidmat Hasil yang berhampiran sebelum tarikh akhir pengemaskinian maklumat. Penerima bantuan sediada tidak perlu membuat sebarang permohonan semula, tetapi perlu membuat pengemaskinian maklumat bagi mengelakkan kegagalan permohonan untuk tahun 2019.

Pemohon yang tidak mempunyai sebarang pindaan maklumat juga perlu membuat pengemaskinian bagi memastikan maklumat yang telah dihantar sebelum ini adalah betul dan tepat. Ia adalah perlu bagi mengelakkan sebarang kesilapan maklumat yang diterima oleh pihak uruseti BSH yang boleh menggagalkan permohonan bantuan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian bebas tol di nombor 1800-88-2716 (LHDNM) atau Kementerian Kewangan di talian 03-88824565. Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan melalui emel di https://bantuansarahiduprakyat.com/ Selain itu juga, anda boleh berkunjung ke mana – mana Cawangan LHDN / UTC LHDN / Pusat Khidmat Hasil yang berhampiran bagi mengajukan sebarang persoalan atau kemusykilan berhubung isu BSH ini. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui Facebook rasmi LHDN.