Bantuan RM 300 Secara One Off Untuk Ibu Tunggal dan OKU

Semakan dan Pembayaran

Pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal sudah bermula

 

Cara membuat semakan

 

Negara yang dilanda wabak Covid19 sejak awal tahun 2020, kini berada di dalam proses pemulihan di mana jangkitan wabak ini mulai berkurangan. Biarpun kita berada dalam fasa pemulihan, namun masih ramai yang terkesan dengan penularan wabak ini. Justeru, bagi membantu rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik semasa fasa pemulihan ini, kerajaan sekali lagi membuat pengumuman yang mampu memberi sedikit kelegaan kepada beberapa golongan antaranya golongan ibu tunggal dan juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Pada tarikh 5 Jun 2020, Perdana Menteri telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertemakan “Bersama Menjana Ekonomi”. Terdapat tiga teras utama PENJANA iaitu Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Merangsang Ekonomi. Sebanyak RM 35 bilion dibelanjakan bagi melaksanakan PENJANA ini dalam jangka masa pendek sebagai salah satu langkah merancakkan semula ekonomi negara.

Seramai 300,000 golongan ibu tunggal dan juga Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal menerima bantuan sebanyak RM 300 yang dibayar secara one off. Bantuan ini diberikan diatas keprihatinan kerajaan terhadap golongan ini yang turun terkesan dengan wabak Covid19. Ianya akan dibayar kepada para penerima selewat – lewatnya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha. 

Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan individu yang mengalami kecacatan dari segi penglihatan, pendengaran, kecacatan fizikal, gangguan intelektual dan masalah pembelajaran seperti terencat akal, dyslexia, masalah tingkahlaku seperti autisme serta masalah komunikasi dan tidak mampu menguruskan kehidupan seharian dengan sempurna. Golongan ibu tunggal pula menurut definisi Jabatan Kebajikan Masyarakat terdiri dari 3 kategori iaitu : i)  ibu yang diceraikan semasa hidup atau mati tetapi masih menanggung anak

ii) isteri yang menjadi ketua keluarga dalam mencari nafkah serta menanggung   suami yang sedang sakit dan tidak mampu bekerja lagi dan juga mempunyai tanggungan anak

iii) wanita yang mempunyai anak angkat

Buat masa ini tiada sebarang permohonan perlu dibuat kerana maklumat penerima akan diambil menerusi pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi yang tidak berdaftar dengan JKM, berkemungkinan bantuan tidak dapat disalurkan kerana tidak mempunyai maklumat lengkap. Sebaiknya golongan ibu tunggal dan OKU membuat pendaftaran dengan pihak JKM supaya berpeluang menerima bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang sepatutnya. Pihak kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sekiranya telah mempunyai tarikh sebenar untuk menyalurkan bantuan ini. 

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat boleh diperolehi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui medium berikut :

Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
  No 55, Persiaran Perdana
  Presint 4
    62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045