Bantuan oleh kerajaan Pulau Pinang
Di dalam kemelut ekonomi negara, Kerajaan Pulau Pinang telah membuat Program Anak Emas dimana anak yang dilahirkan akan mendapat bantuan sekali sebanyak RM 200. Buat masa kini, tiada syarat yang memerlukan anak untuk dilahirkan di Pulau Pinang. Oleh itu, anak-anak yang dilahirkan di negeri lain juga boleh memohon asalkan salah seorang dari Ibu ataupun Bapa anak adalah pengundi yang berdaftar di negeri Pulau Pinang.
Bantuan yang boleh diterima
Program Anak Emas : RM 200
Khairat Kematian : RM 1,000
Diantara Syarat-Syarat Kelayakan
- Anak yang dilahirkan adalah warganegara Malaysia
- Permohonan ataupun tututan mestilah dibuat sebelum 2 tahun anak dilahirkan
- Salah satu Ibu ataupun Bapa anak teleh berdaftar sebagai pengundi di SPR dan mengundi di negeri Pulau Pinang (Parlimen dan Dun) Semakan boleh dibuat di laman MySPR
- Tututan mestilah dibuat dengan Mykid anak yang mengandungi 12 nombor
Cara-Cara Permohonan
Bantuan ini hanya boleh dipohon sekali bagi seorang anak. Permohonan untuk anak mestilah dibuat 2 tahun sebelum tarikh kelahiran.Permohonan boleh dibuat hanya secara online. Selepas membuat permohonan, permohon perlulah mencetak borang yang siap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan.
Dokumen Sokongan yang diperlukan
- Salinan Mykid untuk anak yang dipohon
- Salinan Sijil Kelahiran untuk anak yang dipohon
- Salinan MyKad untuk kedua Ibu dan Bapa
- Salinan bukti pengundi (boleh dibuat di laman sesawang di atas)
- Salinan penyata akaun bank yang aktif oleh Ibu atau Bapa bagi mendapat sumbangan Anak Emas
Permohonan online boleh dibuat di laman sesawang berikutnya:
Selepas permohonan online dibuat, permohonan perlulah dicetak dan disertakan dengan salinan dokumen sokongan. Dokumen-Dokumen ini perlulah dihantar secar POS ataupun secara manual ke Pejabat Daerah yang tertera dalam borong permohonan.
Soalan Lazim
Bolehkah saya menukar maklumat yang salah setelah mendaftar secara online ?
- Silalah menyemak dengai rapi kerana maklumat tidak dapat ditukarkan selepas menekan butang Hantar. Penukaran maklumat ataupun pegemaskinian hanya boleh dibuat di Pejabat Daerah.
Apa akan terjadi jika maklumat saya salah ataupun tidak lengkap ?
- Permohonan akan dibatalan jika terdapat kemusykilan dalam maklumat permohonan
Bolehkah saya membuat rayuan jika gagal dalam permohonan ?
- Keputusan adalah muktamat dan tidak ada rayuan yang boleh dikemukakan
Panduan Lengkap untuk Permohonan Anak Emas Pulau Pinang
Permohonan untuk anak emas boleh dibuat secara online di laman iSejahtera Pulau Pinang.
Cara pembayaran anak emas
Pembayaran program anak emas dibuat secara one off dengan kaedah online transfer.