Bantuan RM 200 Bantuan Prihatin Nasional untuk Pelajar IPT

Pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri terdahulu jelas menunjukkan tiada golongan yang tercicir apabila para pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Tingkatan 6, Matrikulasi dan IKBN turut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Sejumlah RM 200 akan diberikan kepada setiap pelajar secara one – off dan akan dibayar mulai Mei 2020. Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 270 juta bagi tujuan ini. Bantuan ini diharap dapat membantu para pelajar yang dalam kesusahan semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sekurang – kurangnya ia dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar ini.

Syarat – syarat Kelayakan

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Merupakan pelajar sepenuh masa dan berstatus aktif pada 31 Mac 2020 di salah satu institusi pendidikan Malaysia seperti berikut :
  1. Pelajar IPT samada seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Kolej Komuniti, Politeknik dan Universiti Awam 
  2. Pelajar Tingkatan 6 atau yang setara, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Asasi, Pengajian Asas, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf serta kursus bertaraf diploma dan ke atas dan mestilah diiktiraf oleh kerajaan atau badan – badan professional di Malaysia;
  3. Pelajar IPT yang didaftarkan di bawah akta – akta yang berkuasa dan dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi;
  4. Pelajar IPT seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar / MARA bagi pengajian peringkat diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas
  • Bantuan ini tidak termasuk pelajar yang sedang belajar di luar negara

 

Dokumen Yang Diperlukan

Para pelajar perlu memastikan maklumat dan dokumen berikut diserahkan kepada Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing – masing bagi tujuan penyaluran bantuan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Nama dan nombor akaun bank 
  • Salinan penyata bank atau buku bank (muka surat yang tertera nombor akaun bank)
  • Nombor telefon bimbit dan emel

Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank mulai penghujung bulan April 2020 dan semakan boleh dibuat melalui IPT masing – masing.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, anda boleh menghubungi salah satu talian berikut :

  • Kementerian Pengajian Tinggi (Untuk Pelajar IPTA dan IPTS) : 03 8870 6777 / 03 8870 6949 / 03 8870 6628 / 03 8870 6623 / 03 8870 6124
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (Untuk Pelajar Matrikulasi, Tingkatan 6 dan setaraf) : 03 8884 9383 / 03 8888 6749 / 03 8884 9325 / 03 8884 9401
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Untuk Pelajar MARA) : 03 8891 2078 / 03 2613 2000
  • Kementerian Belia dan Sukan (Untuk Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ) : 03 8871 3773 / 03 8871 3434 / 03 8871 3506
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Untuk Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia) : 03 8870 1663 / 03 8870 1664 / 03 8870 1307
  • Kementerian Sumber Manusia (Untuk Pelajar Diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas) : 03 8889 2359 / 03 8886 2409 / 03 8890 3404 / 03 8886 2352 / 03 8888 9111

Walau bagaimana pun, pelajar juga boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar IPT masing – masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.