Bayaran BPR Fasa 3 akan bermula 28 hingga 30 September 2021
Rayuan BPR akan diumumkan penghujung September ini.
Tarikh Rasmi Pembayaran BPR Tambahan PERMERKASA+ adalah 29 Jun 2021
BPR Tambahan RM500, RM300, Rm100
Berita baik ,mengikut pengumuman terbaru dari Perdana Menteri YAB , Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan akan menambahkan pembayaran untuk BPR semperna PKP 3.0
Jumlah BPR Pemerkasa+ Tambahan
RM500
Isi Rumah berpendapatan < RM2,500
RM300
Isi Rumah berpendapatan < RM2,501 – RM5,000
RM100
Golongan bujang berpendapatan < RM 2,500
Bayaran BPR tambahan sudah bermula ikuti perkembangan pembayaran di sini
BPR Fasa 2
BPR fasa 2 telah bermula 7 Mei 2021, secara beperingkat
Bayaran Fasa 2
Anggaran bayaran BPR fasa 2 dengan mengikut kira jumlah bayaran dan baki bayaran
Lebih 2.54 juta rakyat terima bayaran fasa pertama BPR
Sejumlah RM1.93 billion telah diperuntukan untuk pembayaran BPR fasa 1 yang bermua 24 Februrari ini.
Bayaran BPR ?
Pembayaran Fasa pertama BPR adalah mulai penghujung Februari 2021 secara beperingkat
PEMBAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021
1. Siapakah yang akan menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021?
Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang
terhad RM2,000.
2. Berapakah bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima?
Bayaran Fasa Pertama yang akan diterima adalah seperti berikut:
3. Bilakah tarikh pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat?
Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat.
4. Bagaimanakah kaedah bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dilaksanakan?
Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:
i. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH
2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0
adalah secara tunai.
5. Akaun bank yang saya laporkan semasa permohonan BSH 2020 / BPN 2.0 salah atau tidak
aktif. Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah
atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah
seperti jawapan bagi Soalan 4.
Kategori Isi Rumah RM300
Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun /
OKU berumur 18 tahun – 59 tahun RM150
2 Tarikh Kemas Kini:20/01/2021
6. Adakah saya boleh membuat permohonan BPR 2021 walaupun Tidak Layak sebagai
penerima pembayaran Fasa Pertama BPR?
Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu /
Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021.
Permohonan Baru & Kemaskini BPR
Permohonan dan kemaskini untuk BPR telah dibuka pada 15 Januari untuk sebulan hingga 15 Feb. Orang ramai boleh membuat permohonan atau kemaskini di laman MYBPR. https://bpr.hasil.gov.my/
Kemaskini
Bagi mereka yang berjaya mendapat BPN 2.0 dan BSH 2020, mereka dinasihatkan untuk membuat kemaskini bagi memastikan maklumat adalah tepat dah terbaru.
Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Bantuan Sara Hidup (BSH) kini digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) selaras dengan matlamat kerajaan yang ingin membantu lebih ramai rakyat yang berpendapatan rendah di Malaysia. Pada tahun 2021 ini, tiada lagi pemberian BSH akan diberikan dan penerima yang layak akan mendapat BPR pula dengan kadar pemberian yang lebih baik.
Maklumat penerima Bantuan Sara Hidup dan juga Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sebelum ini akan diguna pakai untuk pemberian BPR 2021 ini. Namun, pemohon masih perlu membuat semakan di dalam sistem BPR bagi memastikan semua maklumat yang terdapat di dalam pangkalan data adalah tepat dan masih boleh digunakan. Pemohon perlu mengemaskini maklumat sekiranya terdapat sebarang perubahan terkini. Sekiranya tiada sebarang maklumat pemohon, maka permohonan baru boleh didaftarkan.
Cara Mengemaskini Maklumat
Bagi mengelakkan keciciran nama sebagai penerima BPR, setiap orang perlu membuat semakan secara dalam talian dan mengemaskini maklumat terkini. Berikut merupakan cara untuk mengemaskini maklumat BPR dengan mudah.
- Log masuk akaun BPR di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Pastikan nombor kad pengenalan dimasukkan dengan betul pada ruangan nombor kad pengenalan
- Klik butang Semak
- Skrin akan memaparkan kata kunci keselamatan dan klik butang Ya sekiranya betul (kata kunci keselamatan didaftarkan semasa membuat permohonan baru)
- Masukkan kata laluan yang sah dan klik butang Log Masuk
- Skrin akan memaparkan beberapa ikon dan pilih ikon Kemaskini Permohonan
- Maklumat Pemohon akan dipaparkan
- Pastikan anda menyemak kesemua maklumat peribadi anda dan pastikan semuanya betul
- Sekiranya perlu memuat naik dokumen sokongan, klik butang Muat Naik setelah memilih jenis dokumen
- Maklumat Wakil perlu dilengkapkan
- Klik butang Teruskan sekiranya telah selesai mengemaskini maklumat
- Pastikan memasukkan kod captcha yang dipaparkan dengan betul
- Kemudian, klik butang Sahkan Captcha
- Klik pada kotak yang memaparkan perakuan diri sebagai persetujuan di atas syarat yang ditetapkan dan klik butang Hantar
- Status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat telah dihantar akan dipaparkan
- Klik butang Cetak sekiranya ingin mencetak borang dan klik butang Keluar jika ingin keluar dari sistem BPR
Maklumat Yang Perlu Dikemaskini
Maklumat berikut perlu dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan bagi mengelakkan permohonan tidak diluluskan.
Maklumat Akaun bank
- Akaun bank pemohon mestilah masih aktif dan nombor akaun bank yang diberikan mestilah betul dan tepat dan masih aktif
Status perkahwinan
- Pemohon bujang yang telah berkahwin perlu mengemaskini status perkahwinan terbaharu
- Pasangan yang telah berpisah / bercerai juga perlu mengemaskini status perkahwinan
- Tiada sebarang kemaskini perlu dibuat bagi pemohon yang masih bujang
Nombor telefon
- Nombor telefon bimbit mestilah dikemaskini bagi memudahkan sebarang notifikasi berkenaan BPR 2021 dihantar kepada pemohon
Maklumat anak
- Jika terdapat pertambahan bilangan anak, maklumat terbaru perlu dikemaskini
Mengemaskini maklumat terkini adalah sangat penting bagi membolehkan pemohonan diluluskan berdasarkan maklumat terbaharu. Pemohon adalah bertanggungjawab terhadap maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem dan sebarang penipuan data adalah tidak dibenarkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat boleh didapati dari laman web rasmi BPR / talian hotline LHDNM 1-800-88-2747 / talian hotline BPR 03-8882 4565 / 03-8882 4566 / talian Hasil Care Line (HCL) 03- 89111000.
Permohonan (sudah ditutup)
Permohonan baru adalah untuk mereka yang tiada rekod ataupun tidak pernah memohon BPN 2.0 dan BSH 2020
Semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah baik dan ia dikenali dengan nama baru iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 6.5 billion untuk bantuan ini dan akan memanfaatkan sehingga 8.1 juta penerima berbanding 4.3 juta penerima semasa pemberian BSH sebelum ini.
Syarat dan Kelayakan BPR
Bagi membolehkan lebih ramai rakyat menerima BPR, pihak kerajaan telah menambah baik kategori penerima bantuan. Malah, kadar bantuan yang diberikan juga adalah berbeza. Berdasarkan skim Bantuan Prihatin Rakyat ini, kadar bantuan yang diberikan adalah berdasarkan pendapatan bulanan isi rumah iaitu seperti berikut :
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM 2,500 ke bawah dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1200. Sekiranya mempunyai dua orang anak atau lebih, bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM 1,800.
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 800. Sekiranya mempunyai dua orang anak atau lebih, bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM 1,200.
- Isi rumah berpendapatan RM 4,001 hingga RM 5,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 500. Sekiranya mempunyai dua orang anak atau lebih, bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM 750.
- Individu bujang berpendapatan bulanan RM 2,500 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM 350 dengan kadar kelayakan umur diturunkan kepada 21 tahun berbanding kelayakan umur sebelum ini iaitu 40 tahun.
Pemberian bantuan yang diberikan secara bersasar menjelang tahun 2021 ini dapat membantu rakyat Malaysia mengharungi kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Tambahan pula, negara masih lagi berdepan dengan virus Covid-19, situasi ekonomi pada hari ini dan masa hadapan juga sukar diramalkan. Keprihatinan kerajaan dalam mendepani masalah virus Covid-19 dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat adalah sangat diharapkan. Rakyat akan dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dengan adanya bantuan seperti ini.